“Saya Diberi PiIihan Untuk K0ma Atau P4ru-paru Diteb0k” – Diuji Ketika Kerierr Mel0njak, W4rtawan Terp4ksa Tep1kan Mlnat Ker4na Kenserr.

HANCUR! Itulah sepatah perkataan yang dizahirkan oleh wanita ini sejurus mendapat tahu dirinya menghidap k4nser limf0ma.

Sudah pasti berita yang diterima itu membuatkan pengh1dap k4nser tertekan, namun perjuangan Nur Izzatie Mohd Rizan, 33, melawan penyakit itu boleh disifatkan menakjubkan untuk dijadikan inspirasi.

Menurut wanita yang mesra disapa Zety, dia yang kini berstatus bekas pesakit k4nser limf0ma hanya mengetahui mengenai penyakit yang dihidapinya itu selepas pulang daripada menjalankan tugas.

Gambar Zety semasa ditahan di sebuah wad hospital.

“Kejadian ni berlaku selepas bertugas membuat liputan Pilihanraya Umum ke-14 di Pengerang, Johor. Kesibukan kerja menyebabkan saya ingatkan benj0lan di sebelah kanan leher saya ni beguk.

“Saya pula jenis lasak dan sememangnya dari kecil susah nak dapat penyakit, jadi saya tak layan sakit badan dan rasa lesu macam nak demam tu. Tapi keadaan makin teruk pula selepas tu dan benjolan itu tak surut, sebaliknya makin besar.

Saya rasa salah satu sebab saya boleh pulih cepat ni adalah dengan memaafkan orang.

ZETY

“Saya ambil keputusan ke klinik berjumpa doktor. Doktor bagi antibiotik dan ubat sapu untuk jangkitan kuman tapi tidak nampak kesanya. Saya pun ambil keputusan ke hospital swasta di Seremban,” ujarnya kepada mStar ketika dihubungi.

Malahan, Zety yang sudah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 13 tahun itu mengakui dirinya kurang pendedahan mengenai penyakit k4nser sebelum ini.

Setelah mendapat keputusan buat kali kedua menerusi prosedur imbasan CT yang mengesahkan dia menghidap k4nser limf0ma pada tahun 2018, ahli keluarga Zety membawanya pulang ke kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kesedaran tentang k4nser memang kurang dan ia beri kesan pada diri hinggakan kurang tidur sebab stres. Asyik fikir apa nak buat dengan hidup.

“Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menasihatkan supaya tidak teruskan rawatan kemoterapi,” katanya sambil menambah k4nsernya dalam kategori tidak agresif.

Berkongsi pengalamannya, Zety berkata kesakitan yang dialami begitu perit dan sukar digambarkan sekitar pukul 5 pagi di mana dia akan alami batuk berterusan dan wajahnya akan membengkak.

Keadaan Zety semasa dia telah jalani rawatan kem0terapi.

Lebih menyeksakan apabila mengalami sakit pada tubuhnya hinggakan berat badannya turun mendadak dan menyebabkan Zety sukar untuk duduk.

Disebabkan keadaan semakin p4rah, pada tahun 2019 paru-paru wanita ini dipenuhi air membuatkan dirinya semakin lemah untuk bergerak.

“Masa tu saya dah tak larat. Nak tidur pun secara menelungkup di sofa, sebab dengan cara itu saja saya boleh bernafas.

“Disebabkan keadaan saya semakin lemah, emak bawa saya ke hospital dan rawatan yang dibuat menyebabkan air dikeluarkan dari paru-paru, semuanya lebih kurang 10 botol,” katanya.

Bercerita lanjut, wartawan penyiaran stesen televidyen terkemuka di negara ini mengakui mencuba rawatan alternatif hingga berdepan masalah untuk mendapat rawatan susulan di hospital.

“Saya ingat lepas makan ubat alternatif, kesannya lebih baik sebaliknya keadaan semakin p4rah,” luah wanita yang mendakwa ditinggalkan suami yang dikahwininya selama empat tahun ketika berdepan dugaan akibat penyakit itu.

Zety tetap kuat dalam menempuh dugaan walaupun terpaksa berehat daripada kerjayanya demi rawatan.

Walaupun banyak hospital telah menolak untuk merawatnya, namun Zety bersyukur ada sebuah hospital di Seremban bersedia membantunya.

Saya diberi pilihan untuk k0ma atau paru-paru ditebvk tetapi saya tolak kedua-duanya dan saya memilih untuk ditebvk,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu yang bersusah payah membantunya.

Ditanya mengenai tugasnya sebagai wartawan, graduan Ijazah Komunikasi Korporat Universiti Infrastruktur (IUKL) yang belum dikurniakan cahaya mata itu akui apabila terpaksa melepaskan kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.

“Bila dah kena macam ni, banyak urusan dunia harus dilepaskan kerana fokus utama adalah rawatan untuk segera sembuh,” katanya.

Bagaimanapun, Zety terpaksa menerima hakikat apabila terkena jangkitan virus sehingga lapisan pertama paru-paru sebelah kanannya bern4nah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang lapisan tersebut.

Setelah segala ujian yang ditempuhi wanita ini, dia akhirnya pulih daripada penyakit k4nser pada Jun 2020 dan sejak itu hanya perlu melakukan pemeriksaan secara berkala dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

“Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan orang. Bila kita maafkan orang ni, energy positif membantu saya cepat pulih.

Zety telah kembali bertugas setelah sembuh daripada penyakit k4nser.

“Jangan anggap penyakit yang Allah beri ini satu musibah, sebaliknya ia anugerah daripadaNya. Sebenarnya melalui dugaan ini jugalah kita boleh kenal orang di sekeliling kita. Siapa yang ada dan bantu kita ketika sakit sebab saya sendiri banyak hilang kawan masa sakit,” ujarnya.

Nasihatnya buat sesiapa yang didiagnosis menghidap k4nser supaya tidak membuang masa mendengar cakap-cakap orang terutama yang gemar mencadangkan pelbagai rawatan alternatif, sebaliknya terus dapatkan dan jalani prosedur rawatan di hospital adalah tindakan terbaik.

Sumber: mStar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini