“Saya Bukan Anti-PoIigami, Cuma…” – Ibu Fatimah Omar The Family UK KesaI Suami Difitnah Kahwin Dua

Umum mengetahui, The FamiIy UK yang menetap di Birmingham, United Kingdom cukup dikenali di serata tanah air dek gelagat anak-anaknya, Omar, Fatimah dan Ali sering mencυri tumpuan ramai.

Terbaharu, ibu mereka, Nor Ashila Mahamad Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mrs Mom meluahkan rasa kesaI apabila terdapat segelintir pihak mendakwa suaminya mempunyai dua isteri.

Menurut Ashila, suaminya, Omar Mukhlis Azizan seorang lelaki yang sangat setia dan amat bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.

“Saya bukanlah anti-poIigami… tapi saya rasa teramatlah tidak adil bagi suami saya yang setia di sisi menjaga saya yang dah bertahun-tahun sakit. Kesian suami saya yang penat lelah menguruskan isteri dan anak-anak.

“Nak cari masa keluar jumpa kawan pun tak sempat, jauh sekali nak tambah cawangan baru. Please, minta tolong sangat-sabgat jangan memandai-mandai share info yang kita tidak pasti,.

“Saya sudah lama izinkan suami saya berpoIigami. Kalaupun benar saya bermadu, ini urusan keluarga saya,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Sebelum ini, Ashila berkongsi sebuah foto suaminya yang dikaburkan beserta kapsyen yang telah mencetυskan tudυhan tersebut dimana dia berkata suaminya mempunyai dua isteri.

Namun begitu, jika difahamkan susunan ayat yang cuba disampaikan oleh Ashila, ibu kepada tiga anak ini cuba menyampaikan bahawa suaminya hanya ada seorang isteri, namun memiliki dua karakter dalam satu badan.

“Suami saya mempunyai dua orang isteri.. Isteri pertamanya adalah orang yang boleh keluar bersama, membeli-belah, makan di luar dan melakukan kerja-kerja di sampingnya.

“Manakala isteri keduanya tidak boleh membuat perkara biasa seperti memakai kasut sendiri atau menyikat rambut tetapi kedua-duanya diberkati kerana dia memberi tumpuan dan layanan sama rata, tidak lebih atau kurang seimbang.

“Tak kira isteri yang mana satu saya akan jadi, dia tetap seorang suami yang baik. Jika saya bangun menjadi isteri pertama, dia akan memegang tangan saya dan membawa keluar dengan rasa teruja.

“Jika saya bangun dan menjadi isteri kedua, dia akan memegang tangan saya dan setia disisi dengan penuh rasa sabar serta tak lekang senyuman. Dia sesungguhnya ‘suami kiriman tuhan’,” tulisnya.

Dek kerana itu, ada individu yang meminta Ashila untuk tidak berpuitis kerana mengakibatkan ramai orang salah faham dengan kapsyennya itu selama beberapa bulan menganggap dia mempunyai madu.

“Apa saja jenis tulisan saya, bermadah atau tidak, tak menjadi kesalahan sebab niat saya sebagai seorang isteri untuk memberi penghargaan kepada suami. Bukan menimbulkan kekeliuran,” balas Ashila.

Sekadar info, anak bongsunya, Fatimah pernah tuIar di media sosiaI kerana membesar di negara Eropah namun tetap fasih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Mereka juga merupakan keluarga kepada chef selebriti Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia pada 19 Mei 2019 disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumber xtra.com

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini