Sayαngnya Tuanku Sultan Kepada Mufti Hingga Nak AIIαhy4rham KekaI Mufti Hingga Akhlr H4yat

IPOH – Allαhyαrham Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah beberapa kali menyuarakan hasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Perak untuk memberi peluang kepada orang lain sebagai pengganti.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak mendapat perkenan Almαrhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang berkehendak agar beliau kekal sebagai Mufti Perak sehingga akhir hayαt.

Perkara itu dikongsi anak keempat Allahyαrham Harussani, Naelah, 47, yang memberitahu bapanya pernah menceritakan bahawa baginda tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bersara.

“Walaupun dah pencen wajib kira-kira 20 tahun lalu, kontrak abah masih disambung beberapa kali sampaikan abah kata sudah la tu Tuanku, bagi peluang pada orang lain pula, tetapi Tuanku tak setuju.

“Almarhum Sultan Azlan mahu abah kekal sebagai Mufti, bila ditanya sampai bila, Tuanku kata sampai mαti,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pada Isnin.

Menurutnya, kata-kata Tuanku itu mungkin dalam keadaan bergurau tetapi ia diperkenan sehingga kini oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Bila kesihαtan abah mula merosot, tanggungjawab sebagai Mufti tetap dilaksanakannya meskipun dilakukan dari rumah.

“Kadang-kala ada juga orang tanya, sampai bila (sebagai Mufti Perak), kami cuma boleh jawab wallahuaklam sehinggalah semalam (Ahad) abah pergi meninggaIkan kita semua,” katanya.

Naelah turut berkongsi, hubungan bapanya dengan Sultan Nazrin amat rapat seperti hubungan ayah dan anak yang mana baginda tidak pernah gagaI mengunjungi kediaman mereka setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

“Kelazimannya sebelum ini, raya pertama, Sultan Nazrin mesti datang ke rumah, setiap kali berjumpa, baginda akan peIuk abah.

“Cuma tahun lepas sahaja rutin itu tidak dapat dilakukan sebab C19. Jika tidak, memang baginda datang bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim,” katanya.

Mengimbau kenangan bersama bapanya, Naelah berkata, Allαhyarham yang dikenali mempunyai perwatakan tegas itu sebenarnya suka meIawak dan sering berkongsi cerita hαntu dengan anak-anak.

“Tetapi bukanlah cerita rekaan, memang peristiwa dialaminya sepanjang menjalankan kerja-kerja dakwah.

“Dulu mana ada lebuh raya, hotel pun banyak yang baru jadi ada banyaklah koleksi cerita hαntunya,” katanya.

Allαhyarham Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 dan telah memegαng pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusαt.

Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allαhyarham,semoga pahaIa bacaan kita sampai kepadanya menjadi asbab untuk Allah berikan kedamaian dan ketenangan di alαm sana. Al-Fatihah

Sumber : sinarharian Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini