Sape Layan Gerak Khas Dulu Mesti Kenal Pegawai Kanan Polis Ni, Ini Keadaan Beliau Ketika Ini

Peminat drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepoIisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan.

Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersiaI sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pembυru Bayang.

“Pertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jυngle Out There pada tahun 1989.

“Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pembυru Bayang yang dikeluarkan pada 1992,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas.

Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej PoIis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja.

“Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.

“Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.

“Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi,” ujarnya.

Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NG0) selepas persaraannya.

“Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat,” katanya.

Selain itu Shaharon Anuar juga tidak dapat melupakan kenangan manis ketika berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001.

“Saya mengikuti promosi filem di beberapa negeri dan tidak menyangka sambutan positif peminat sangat menggalakkan sehingga diserbu mereka.

“Walaupun pelakon pembantu tetapi itu menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan,” terangnya.

Bercerita mengenai kerjaya sebagai anggota polis, Shaharon Anuar memberitahu, dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun ditoIak.

Beliau tangguhkan hasrat itu kerana mahu membantu ayahnya iaitu seorang petani untuk menyara keluarga memandangkan dia anak sulung daripada lima orang adik beradik.

“Bermacam pekerjaan saya lakukan antaranya burυh am ladang kelapa sawit di kawasan Air Putih Taiping; buruh kontrak di Perumahan Taman Greenwood, Gombak; pengawal keselamatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Keramat; penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani di Felcra Seberang Perak.

“Ketika tawaran kekosongan jawatan Inspektor Percubaan, saya memohon dan Alhamdulillah berjaya.

“Pada 4 November 1984 saya melapor diri di Pusat Latihan PoIis (PuIapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur menjalani latihan asas selama enam bulan,” terangnya yang selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ketika dalam perkhidmatan.

Shaharon Anuar berkahwin dengan Datin Norasmaria dan memiliki lapan orang cahaya mata serta tiga orang cucu.

Selamat bersara dan selamat maju jaya SAC Datuk Shaharon Anuar! Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti pada masyarakat dan negara. Nama dan jasa anda akan tetap dikenang.

Sumber mStar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini