Sanggup Bersengk4ng Mata Seawal 3 Pagi, Sentuhan Karya Grafiti Guru Ini Amat Luar Biasa

Sanggup bersengk4ng mata walaupun terpaksa bermula seawal jam 3 pagi. Meskipun bergelar seorang pendidik, ia tidak pernah menghalang Iqbal Hareez Osman, 38, dalam menghasilkan karya grafiti yang cukup mengagumkan.

Buktinya apabila bakat guru ini pernah mendapat perhatian Petronas untuk projek Tanah Airku pada 2015.

Pemilihan itu menjadikannya satu-satunya guru di Johor terpilih menjayakan projek grafiti pada dinding bangunan lapan tingkat dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh lima hari.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pulai Perdana, Kulai, Johor ini juga mempunyai pencapaian membanggakan apabila terpilih menyertai Meeting of Style Internati0nal yang diadakan di Malaysia, selama empat tahun berturut-turµt sejak 2017.

Meeting of Style International adalah sebuah jaringan antarabangsa bagi artis grafiti yang menaja dan menyokong kerja grafiti mural membabitkan negara di Asia, Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama seninya Ebal Arez turut berkongsi pengalamannya menyertai pr0jek Petronas dan menganggap peluang yang diberikan adalah penghormatan terhadap bakatnya.

Malah, beliau mengakui sanggup bersengk4ng mata memulakan hasil seninya seawal pukul 3 pagi bagi mengimbangi tuntutannya sebagai guru.

“Memang terkejµt apabila dipilih menyertai projek itu kerana senarai nama artis datangnya daripada Petronas sendiri yang mahukan anak Johor untuk Tanah Airku.

“Pada saya, Tanah Airku adalah antara projek paling bermakna kerana perlu siapkan karya di dinding bangunan setinggi lapan tingkat dalam masa lima hari.

“Ketika itu, saya memang berper4ng dengan masa kerana perlu seimbangkan antara sesi persekolahan dan juga menyiapkan grafiti,” ujarnya.

Namun, jelasnya, disebabkan minat dan komited dengan kerja yang diamanahkan, beliau cuba membahagikan masa sebaiknya supaya tidak menganggu waktu mengajar.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut berkongsi pengalamannya menghasilkan grafiti sempena Pameran Cerita Rakyat: Kisah Leluhur Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor (YWJ), Johor, pada 2018.

Sebanyak 12 kisah rakyat yang sinonim dengan masyarakat Johor diilustrasikan menerusi grafiti antaranya Kisah Si B0ngkok Tanjung Puteri, Si Badang, Puteri Gunung Banang dan Puteri Bµnian Kampung Bumbun.

“Pada saya, untuk menjayakan pameran s0lo ini, memang amat mencabar dan rumit kerana karya yang dihasilkan pada dinding perlu seiring dengan jalan ceritanya,” ujarnya lagi.

Cikgu Iqbal Hareez juga memaklumkan selain grafiti, beliau juga pernah menghasilkan mural antara tahun 1999 hingga 2008.

Ujarnya, kedua-dua seni itu berbeza dari aspek penggunaan bahan dan teknik kerana grafiti menggunakan cat semburan, manakala mural lebih kepada penggunaan cat dan berus.

“Bagaimanapun, setakat ini saya belum pernah gabungkan (mural dan grafiti dalam satu karya) sebab grafiti lebih memudahkan proses kerja, hanya semburan cat sahaja.

“Berbanding dengan mural banyak benda yang perlu dilakukan seperti bancuhan cat dan guna banyak peralatan,” ujarnya.

Mengimbas minatnya dalam bidang seni itu, beliau memberitahu, ia bermula ketika mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zon R1 Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2009.

Ketika itu, beliau menyewa rumah bersama sekumpulan lima artis grafiti termasuklah Abdul Hafiz Abdul Rahman yang cukup terkenal sebagai Katun.

“Saya selalu tengok grafiti yang dihasilkan, ketika itu saya melihat mereka ini bekerja cukup cekap juga pantas dan daripada situlah saya terfikir untuk serius tetapi pada masa sama tetap menjadi guru,” ujarnya yang turut memaklumkan beliau sebenarnya mula berjinak dengan grafiti pada 2002 .

“Sebenarnya saya mula buat grafiti pada 2002, tetapi selepas serumah dengan mereka minat untuk serius dalam bidang ini pun timbul,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber Bestari

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini