Sanggup Berk0rban Membela 30 Ek0r Kucing Jalanan, Walau Hanya Mengambil Upah Pot0ng Rumput

Mungkin hanya secebis kisah masyarakat, tetapi membawa makna dan pengajaran yang boleh diambil. Biarpun hidup dalam serba kekurangan, kebaikan dan sifat murni yang dimiliki oleh seorang lelaki dalam memberi makan kepada kucing jalanan seharusnya diberikan pujian.

Menerusi perkongsian oleh Facebook Jah Awg Kenit, lelaki berkenaan yang mengambil upah memotong rumput dengan berjalan kaki menghampiri mereka untuk meminta pertolongan kerana tidak dapat masuk ke sebuah pasaraya untuk membeli stok makanan kucing. Ini disebabkan kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengimbas kod MySejahtera.

Atas kebaikan lelaki itu selama ini dalam memberi makanan kepada kucing jalanan sebanyak 30 ekor, dia ditawarkan bantuan untuk mengambil stok makanan secara percuma di situ tanpa perlu membelinya lagi selepas ini.

Jalan kaki ambik upah potong rumput dari satu taman ke satu taman.. Lalu depan pasar kami, dia tunjukkan plastik kecil makanan kucing..

Dia cakap dia tak dapat masuk pasaraya belikan stok baru makanan kucingnya yang berjumlah 30 ekor keseluruhannya disebabkan dia tak ada handphone.. Dia tak boleh scan MySejahtera.

Takpe.. saya bagitau dia mulai esok stok makanan kucing ambil je kat sini. Secara tak langsung Darul Jariyah beri dia tugasan tetap bagi makan juga sediakan air minuman pada kucing-kucing gelandangan..

Terus berdoa panjang dia. Rezeki dia dapat berkhidmat dengan binatang kesayangan Nabi kita. Aku pun tak mampu buat mcm apa yang dia buat sekarang ni… ianya sebuah tanggungjawab yang sangat-sangat besar.

Sumber: FB Jah Awg Kenit via siakapkeli

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini