Sanggup Berhabis Duit Dengan Sewakan Rumah Untuk PeIajar, Peng0rbanan Guru Ini Buat Ramai Seb4k

Pandem!k C0v1d-19 yang melanda negara sedikit sebanyak boleh melemahkan semangat anak-anak untuk belajar dalam suasana norma baharu di rumah.

Lebih-lebih dengan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Ia memang banyak dugaannya termasuk gangguan talian internet, tiada kemudahan gajet dan sebagainya.

Lagi menambah str3s, subjek hardc0re seperti Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia yang diajar secara online agak sukar untuk difahami berbanding pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka.

Barangkali memahami kekangan itu, usaha seorang guru wanita yang cukup luar biasa menarik perhatian ramai sekali gus diumumkan sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021.

Apa yang membuatkan warganet tersentuh adalah nukilan pelajar Sekolah Menengah Teknik Terengganu tersebut yang memperincikan usaha murni guru mata pelajaran Kimia itu.

Masakan tidak, Cikgu Naimah Yusuf sanggup membelanjakan wang sendiri untuk menyewa sebuah rumah demi pelajar lelaki, bahkan menjadikan kediaman sendiri sebagai ‘asrama’ pelajar perempuan.

Bukan seorang dua ya, tetapi seramai 33 pelajar yang terkandas di asrama disebabkan pandemik tidak dapat pulang ke kampung masing-masing dibantu tanpa sebarang balasan.

Hanya keluarkan kos tambang dari rumah sewa ke rumah cikgu saja untuk menyertai kelas tambahan. Makan dan minum ditanggung sepenuhnya guru berhati murni tersebut.

Perkongsian yang dikongsikan Wan Muhammad Haikal Wan Kamri itu telah menghµraikan secara terperinci tentang kesungguhan dan semangat juang yang tinggi Cikgu Naimah.

Pendedahan itu membuatkan ramai pelajar terharu. Mana tidaknya, meskipun sibuk dengan urusan keluarga, ia bukan alasan untuk wanita itu untuk memastikan anak muridnya menerima pendidikan sempurna sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

MEMBERI DIDIKAN R0HANI.

Kata Wan Muhammad, bukan sahaja belajar subjek Kimia, pelajar yang ditempatkan di rumah sewa tersebut dididik dengan adab solat berjemaah dan adab berkawan.

“Cikgu dan keluarganya memang orang yang baik-baik, suaminya pun selalu nasihatkan kami tentang masa depan sebaik saja selesai solat berjemaah. Kami dilatih jadi imam dan bilal.

“Selain diajar adab berkawan, cikgu ajar kami untuk berdikari dan bekerjasama menyiapkan sesuatu kerja contohnya, waktu makan kami akan bersama-sama siapkan juadah,” ceritanya.

Daripada tidak pandai memasak, akhirnya sudah ramai tahu cara memotong sayur, ayam dan daging. Itu antara pengalaman yang dikongsikan pelajar tersebut selama hampir 2 bulan berkampung.

SEMANGAT UNTUK LULUS.

Bukan sahaja hubungan persahabatan lebih rapat dan saling menyayangi, semangat pelajar tersebut untuk terus gigih berusaha demi lulus dalam subjek kimia memang mengundang seb4k.

Akui Wan Muhammad, jika sebelum ini dirinha asyik gagal dalam subjek tersebut, kini beliau berazam untuk menaikkan gred G kepada C atau lebih baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Lebat hebat, beliau turut menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru teknikal supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Ramai lagi guru yang berkaliber dan berhati mulia mahu membantu pelajarnya untuk mencapai gred cemerlang. Wah! Besar sungguh pengorbanan guru tersebut.

Moga usaha murni itu berterusan dan membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan untuk berjaya dalam peperiksaan.

Sumber lnspirasi

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini