Sangat Menyentuh Hati.. Nenek Ini Minta Bawa Anak Patung Ke Rumah Orang Tua.. Buat Natizen Tersentuh..

Tiada yang lebih menyedihkan daripada kisah orang tua yang diabaikan tanpa kasih sayang dari ahli keluarga.

Sebuah rumah penjagaan orang tua di Myanmar, Twillight Villa baru-baru ini memuat naik kisah salah seorang penghuni terbaru mereka bernama Tin Tin yang berusia 87 tahun.

Meskipun post yang dimuat naik pada 25 Februari itu ringkas namun ianya sangat menyentuh hati netizen di sana dan mendapat sehingga lebih 19,000 perkongsian.

Melalui status itu, difahamkan keluarga Tin Tin tidak mahu menjaganya lagi dan membuat keputusan untuk menghantarnya ke rumah penjagaan orang tua tersebut. Dia juga tidak dijaga dengan baik oleh keluarganya sebelum ini.

Tin Tin dikatakan diabaikan keluarganya dan terpaksa mendengar kata-kata mereka tanpa membantah.”

Warga emas itu dikatakan tinggal di sebuah rumah kecil di belakang rumah keluarganya sebelum dihantar ke rumah penjagaan tersebut. Apabila keluarganya membuat keputusan untuk menghantarnya ke villa ini, Tin Tin hanya menerima keputusan itu tanpa membantah.

Ketika penjaga villa itu datang untuk membawanya, Tin Tin berkata, “Untuk pengetahuan anda, saya tidak mampu lagi untuk melakukan apa apa kerja.” Pekerja tersebut kemudian menerangkan kepadanya bahawa dia tidak perlu bekerja sebaliknya akan dijaga. Mesti dia selalu disuruh buat kerja rumah.

Meskipun kelihatan sedih dan takut untuk tidak tinggal bersama di rumah dan keluarganya lagi, Tin Tin bagaimanapun tidak melawan apabila penjaga villa itu mengemas barang-barangnya.

Namun, apa yang menyentuh hati mereka adalah apabila Tin Tin membuat satu permintaan,

Boleh ke saya bawa bayi peneman ini pergi bersama?” tanya Tin Tin kepada penjaga itu.

Bayi yang dimaksudkan Tin Tin adalah anak patung yang sentiasa menemaninya. Risau permintaannya akan ditolak, Tin Tin dengan pantas memberitahu bahawa bayinya itu tidak perlu diberi makan dan sentiasa senyum.

Keseronokan terpancar di wajah Tin Tin apabila dia membawa bayi itu bersamanya selain turut gembira sepanjang perjalanan untuk ke rumah penjagaan.

Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang berpendapat bayi itu nampak menyeramkan atau menakutkan namun bagi Tin Tin, patung itu sahajalah yang ada bersamanya setiap masa. Bayi berkenaan adalah teman bersembang dan teman tidurnya setiap hari.

Netizen yang membaca kisah Tin Tin menzahirkan rasa marah terhadap keluarga Tin Tin yang mengabaikannya di saat dia memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Hanya mereka yang tidak mempunyai ibu bapa faham betapa bertuahnya anda dapat peluang menjaga ibu anda pada umurnya sebegini. Sangat terkejut dengan manusia seperti anda yang mengabaikan ibu sendiri begitu sekali,” komen seorang netizen.

Bayangkan perasaan ibu bapa yang melalui hari-hari tua dengan harapan mendapat perhatian serta kasih sayang namun sebaliknya diabaikan atau dianggap seperti tidak wujud sama sekali.

Mungkin sudah tiba masa undang-undang baru diwujudkan seperti hukuman terhadap anak yang mengabaikan ibu bapa mereka. Kan?

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini