S4nggup Ditan4m H1dup-H1dup Dalam Kerand4 Selama 5o Jam Dapat 59jut4 Tontonan (Vide0)

Bunyinya sangat menyeramkan dan mencabar tetapi lelaki ini bertekad untuk ditanam hidup-hidup di dalam keranda semata-mata untuk hasil videonya. Ianya mungkin berbaloi kini apabila video tersebut meraih 59 juta tontonan setakat ini di mana hampir semua rakan-rakannya memuji keberanian lelaki ini.

Lelaki Ini adalah seorang You Tuber popular, MrBeast yang mempunyai jumlah pengikut seramai lebih 58 juta memang selalu melakukan cabaran-cabaran gila dan mencabar. Kali ini, dia meminta rakan-rakannya menanamnya hidup-hidup di dalam keranda dan dia perlu bertahan selama 50 jam! Video tersebut viral dikongsikan sehingga kini dan dikatakan jumlah tontonan semakin meningkat setiap hari.

Di dalam video itu, lelaki itu dapat dilihat terbaring di dalam keranda dan menggunakan walkie talkie untuk berhubung dengan rakan-rakannya di luar. Oleh kerana ruang yang agak terbatas di dalam keranda, lelaki itu hanya mampu terbaring sahaja sehingga pada satu ketika dia dilihat menangis kerana pergerakannya yang terbatas.

“Ini adalah perkara paling gila dan menakutkan yang pernah saya lakukan.”. Lihat video dibawah:

Di dalam keranda itu, YouTuber itu turut dilihat mempunyai selimut, beberapa makanan dan bantal serta barang keperluan lain. MrBeast merupakan individu yang sangat popular di You tube kerana cabaran video luar biasa yang selalu dihasilkan. Menurut laporan sebelum ini, setiap video yang dikongsinya selama ini pasti akan menerima lebih 20 juta tontonan.

“Tengok dia di dalam keranda itu saja dah cukup buatkan saya gelisah.” Ini antara komen para netizen di media sosial.

Sepanjang melakukan cabaran ini, pasukan perubatan berada di lokasi untuk sebarang kejadian kecemasan sekiranya apa-apa berlaku pada You Tuber itu. Malah mereka turut memantau pergerakan lelaki di dalam keranda itu setiap masa memandangkan ianya sangat bahaya untuk ditinggalkan dalam masa yang lama. Selepas berjaya menghabiskan 50 jam di dalam keranda, lelaki itu dilihat menangis sementara menunggu dirinya dikeluarkan.

Peringatan kepada kita semua agar tidak melakukan aksi ini kerana boleh menyebabkan kecelakaan jika tidak profesional dan tidak dilengkapi dengan alat-alat atau teknologi moden dalam komunikasi.

Ini pula kisah sebenar dimana SEORANG wanita dilaporkan dikebumikan ketika masih hidup dan terperangkap dalam keranda selama 11 hari. Keluarganya memecahkan sebuah kubur batu selepas penduduk tempatan mendengar jeritan dari arah kubur, tetapi sayangnya ia sudah terlambat.

Ketika mereka berjaya membuka peti mati kayu yang telah dipaku, Rosangela Almeida dos Santos, 37, didapati telah meninggal dunia. Dari keadaan keranda itu, dia nampaknya telah berusaha keras untuk keluar dari peti itu.

Sebuah video telah muncul menunjukkan kekecohan di tanah perkuburan Senhora Santana di Riachao das Neves, timur laut Brazil, ketika beberapa lelaki mengeluarkan keranda berat itu dan membuka penutupnya.

Orang ramai menjerit memanggil ambulans segera datang dan ada juga yang menyentuh mayatnya yang dikatakan suam. Santos diisytiharkan mat1 oleh sebuah hospital pada 28 Januari dan dikebumikan pada hari berikutnya. Orang yang tinggal dekat dengan tanah perkuburan memaklumkan kepada keluarganya pada 9 Februari, 11 hari selepas dia dikebumikan bahawa mereka mendengar suara dari arah kubur Santos.

Dia mengalami kecederaan pada tangan dan dahi yang mana dia dipercayai bergelut dari dalam keranda untuk keluar. Paku di sekeliling penutup keranda juga dilihat mempunya kesan cuba dicabut dan terdapat kesan cakaran dan darah di bahagian dalam keranda, dakwa laporan.

Santos, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak berada di hospital selama seminggu selepas digegaskan ke sana oleh keluarganya setelah mengalami keletihan teruk. Dia ditahan di wad jantung sebelum mati akibat ‘kejutan septik’, mengikut sijil kematiannya.

Keluarganya menanamnya di kubur batu di tanah perkuburan di Riachao das Neves, hari berikutnya. Penduduk tempatan Natalina Silva memberitahu laman web G1 Brazil bahawa ramai orang mendengar jeritan datang dari arah kuburnya.

“Apabila saya sampai di hadapan kubur, saya dengar bunyi hantukan dari dalam. “Saya ingatkan budak-budak di sini cuba bergurau dengan saya. Kemudian saya dengar bunyi mengerang dua kali dan selepas itu tiada lagi bunyi itu.

Ibu Santos, Germana de Almeida, 66, berkata: “Dia cuba buka penutup, paku-paku yang telah dipaku nampak longgar. “Tangannya cedera, nampak seperti dia cuba keluar.” Keluarga itu percaya dia perisytiharan matinya adalah satu kesilapan. Kakak Santos, Isamara Almeida, berkata: “Kami tidak mahu menuduh mana-mana doktor, kami tidak mahu menimbulkan masalah.”

Ketua Polis Arnaldo Monte, yang mengetuai siasatan, berkata: “Kami mula mengambil kenyataan daripada ahli keluarga dan orang lain hari ini. “Jika perlu, kami akan mendapatkan semula mayat Santos supaya kami dapat mencari apa yang sebenarnya berlaku.”

Jurucakap hospital yang mengisytiharkan kematiannya berkata mereka akan memberikan semua maklumat yang diperlukan daripada mereka kepada keluarga dan pihak berkuasa. –

sumber: metroUK

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini