Ajar Sebut Huruf ’S’ Tapi Tak Jadi-Jadi, Cikgu Pula Cuak Lepas Murid Ini Menangis

Sebagai seorang guru terutamanya di peringkat sekolah rendah dan tadika, pasti pelbagai ragam anak murid yang dapat dilihat bukan?

Iyalah, mereka masih kecil dan memerlukan perhatian daripada guru yang menjadi pengganti ibu bapa mereka di sekolah. Malah, mereka juga lebih sensitif dan cepat menangis jika ditegur dengan cara yang salah.

Sama seperti sebuah video ini apabila seorang murid lelaki menangis semasa belajar menyebut huruf ‘S’ dengan cikgunya mencuri tumpuan netizen.

Menerusi perkongsian video daripada @faizbismillah, kelihatan seorang murid lelaki sedang belajar menyebut huruf ‘S’ dengan cikgu tadikanya.

Ajar Sebut Huruf ’S’ Tapi Tak Jadi-jadi, Cikgu Cuak Lepas Terjerit Sampai Murid Menangis

Namun, murid itu tidak dapat menyebut huruf itu dengan betul walaupun sudah diajar berulang kali. Dia yang masih pelat dilihat mencuba sedaya upaya menyebut ‘S’ namun tetap gagal.

Apa yang menghiburkan adalah apabila setiap kali si cikgu menyebut ‘S’ dan murid itu menyebut lain dari apa yang diajar, lama-kelamaan riak muka kanak-kanak lelaki itu nampak seperti sudah give up dan takut dimarahi oleh cikgunya.

Kemudian, cikgunya secara spontan terjerit “haippp!” dan cepat-cepat memujuk apabila murid itu terus meraung kerana salah faham dengan intonasi cikgunya.

Ajar Sebut Huruf ’S’ Tapi Tak Jadi-jadi, Cikgu Cuak Lepas Terjerit Sampai Murid Menangis

“Haha kesian dia, maaf ya dik mak cik tergelak pulak. Semoga berjaya ya” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 277.3K views, 18.5K likes dan 576 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi spontan kanak-kanak lelaki itu.

VIDEO:

Video tersebut mencuri perhatian netizen yang turut memberikan komen-komen masing-masing:

Ajar Sebut Huruf ’S’ Tapi Tak Jadi-jadi, Cikgu Cuak Lepas Terjerit Sampai Murid MenangisAjar Sebut Huruf ’S’ Tapi Tak Jadi-jadi, Cikgu Cuak Lepas Terjerit Sampai Murid Menangis

Takpe adik, belajar slow-slow dulu, Semoga adik ini dan murid-murid lain dapat belajar bersungguh-sungguh dan boleh faham apa yang cikgu ajarkan.

Sumber Says

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini