S̷ayu Dan Mencuit H̷ati,Ger̷ai Nasi Lem̷ak B̷erhenti Kerja Ini T̷arik Perhati̷an Warg̷anet

Nasi lemak boleh dikategorikan sebagai salah satu makanan dan juga topik yang sangat sinonim dalam kehidupan seharian masyarakat di negara kita. Sering menjadi juadah pilihan masyarakat tanpa mengira latar belakang, apa-apa saja yang berkait dengan nasi lemak ini pasti akan menjadi perhatian.

Daripada mempertahankan nasi lemak kerana dikr!tik wartawan mat salih dan gaji yang ditawarkan gerai nasi lemak, boleh dikatakan semua perkara mengenai nasi lemak ini boleh menjadi topik perbincangan.

Terbaru, gambar sebuah gerai nasi lemak yang tidak dapat dipastikan lokasinya ini pula menjadi perhatian warganet. Bukan kerana keadaan gerainya yang luar daripada kebiasaan tetapi namanya yang boleh membuatkan sesiapa sahaja melihatnya termenung buat seketika.

GERAI NASI LEMAK DENGAN NAMA YANG AGAK UNIK. FOTO: MEDIA SOSIAL

Buat anda yang masih mengambil masa untuk memahami nama gerai di atas, ianya adalah Nasi Lemak Benti Keje atau seperti yang difahami kami dan sebahagian warganet sebagai ‘nasi lemak berhenti kerja’.

Bagaimanapun, bukanlah cara ejaan nama gerai yang menjadi perbualan warganet di beberapa platform media sosial, tetapi ramai yang meluahkan perasaan sayu selepas melihat nama berkenaan.

Ia kerana ramai yang beranggapan dan memahami bahawa gerai nasi lemak itu dibuka selepas pemiliknya diberhentikan kerja sekaligus membuatkannya memilih untuk menggunakan nama tersebut.

Menerusi perbincangan di laman reddit r/malaysia, warganet berpendapat ianya sebagai sesuatu yang mencuit hati dan sedih pada waktu yang sama.

“Yup, ianya menarik dan kelakar tetapi menyimpan maksud yang sangat dalam,” tulis pengguna p0rtal itu.

Di Twitter pula rata-rata warganet juga mempunyai pandangan yang sama seperti “inilah bagaimana rasanya tertawa dalam tangisan,”.

Walaupun sayu melihat nama gerai tersebut, namun mereka juga tidak lupa untuk memberikan kata-kata semangat buat mereka sehinggakan ada yang turut berk0ngsikan lokasi gerai berkenaan.

Menurut beberapa perk0ngsian daripada warganet melalui hantaran yang diperhatikan di Twitter, gerai nasi lemak itu difahamkan terletak di Kajang, Selangor.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah sebab di sebalik pemilihan nama yang unik oleh pemilik gerai itu. Adakah ia sama dengan tanggapan warganet yang ianya dibuka selepas beliau diberhentikan kerja atau pun sebaliknya.

Apa-apa sekali pun semoga perniagaan nasi lemak ini terus maju dan menjadi pilihan orang ramai selepas ini.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto dipetik dari The v0cket | Via Mytv Viral