(Video) Roti Wrap Nasi Lemak, Roti Canai Biawák & Roti BerIauk Buat Gerai Abang Terbang Sentiasa Penuh Pelanggan

Roti canai dan nasi lemak merupakan antara sajian yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia.

Disebabkan dua menu itu cukup popular, seorang usahawan dari Negeri Sembilan tampil dengan kelainan yang telah membuatkan premisnya sentiasa dipenuhi pelanggan.

Kamarul Rizal kamarudin ketika dihubungi berkata, tidak seperti orang lain, beliau mengambil pendekatan dengan membalut roti canai dengan nasi lemak. bagi membangkitkan lagi aroma, menu itu akan disalut lagi dengan daun pisang.

Ternyata, hidangan kreatif yang dinamakan Roti Canai Wrap Nasi Lemak pantas mencuri tumpuan ramai.

Pemilik gerai Abang Terbang itu berkata, pada asalnya kulinari tersebut dibuat sekadar suka-suka demi memenuhi permintaan pengikut TikT0k yang suka berkongsi idea masakan yang ‘gila-gila’.

“Bagi menyemarakkan konten, saya pun cuba buat roti canai untuk membalut nasi lemak. Kemudian, saya gandingkan pula dengan kari sardin.

“Kiranya, memang kena dengan tekak orang Melayu. Saya cakap begitu kerana pelanggan yang bertandang ke gerai saya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan kebanyakannya mahu mencuba sajian itu. Sampai tak cukup kerusi dan meja,” katanya seraya tertawa besar.

Membuktikan Roti Canai Wrap Nasi Lemak Iaku keras, dalam masa sejam, kira-kira 100 bungkus habis terjual.

Kamarul Rizal yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pembuatan roti canai berkata, menu Roti Canai Berlauk juga diminati ramai.

“Bukan sahaja ada pelbagai jenis roti canai, malah kami turut menyediakan banyak lauk-pauk untuk dipilih mengikut selera masing-masing. Antaranya seperti rendang ayam dan daging, kari kambing, paru berlada, sambal sotong serta banyak lagi.

Selain itu, hidangan Roti Canai Biawák turut menjadi pilihan para pelanggannya.

Melihat kepada persembahan roti canai yang dibentuk seperti haiwan itu boleh membuatkan kita putus selera, namun apa kata abaikan sahaja perasaan itu.

Ini kerana Roti Canak Biawák yang dilengkapi dengan dua set telur separuh masak sememangnya sedap. Ditambah lagi dicecah dengan kuah dal sambal atau kari sardin pekat.

Kamarul Rizal yang mendapat joIokan dengan nama Abang Terbang berkata, sejak tular di media sosial disebabkan keunikan menunya, orang ramai sudah membanjiri premis itu sejak awal pagi.

“Maaflah jika layanan dan servis agak lambat kerana permintaan yang tinggi terutamanya pada hujung minggu. Tiga orang penebar roti canai yang saya gajikan pun masih tidak cukup, tapi apa-apapun, saya akan sentiasa cuba memperbaiki mutu perniagaan saya,” katanya.

@abangterbang

bro & sis ni order roti ‘cicak’ abang buatkan je..dorang punya happy sangat dapat makan roti cicak ni..thank selalu sapot kami..#roticanaiterbang #makanlokal #myfoodie #foodhunter #ditaja🇲🇾 #kolopilah #nismilan #tiktokmalaysia🇲🇾 #tiktokindonesia

♬ suara asli – TKP Pontianak ✓ – Tik Toker

Komen netizen:

@.:Even tu cuma roti i mesti tak lalu nak makan sbb bentuk dia.orang yang takut cicak can relate HAHAHA

@ღ᭄όңẏάℱĩჹάḽḽέᚔᚖᚗ᚜𐍈:masa memula belajar roti canai cmni jugak mcm2 bentuk dibuatnya.. tapi tak sangka boleh hiburkan org.. happy plak tgok klo nk makan cmni..

@Rylls:kodai mano lak ni? den lamo duk pilah, cubo boghi location ah bang. nak yo ghaso

@Roll Ayoi:terbaik.. kreatif.. smoga dipermudah sgala urusan..

@zulaika rosmiran:hahahahahaa customer abg ni ngidam apaaa macam ni

@Fida Texas: Mcm2 permintaan. Terbaik la Abg Tunaikan permintaan customer

Roti Canai Wrap Nasi Lemak

Alamat: Gerai Abang Terbang, No 5, Gerai MDKP, Jalan Bahau, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 12 tengah hari

Menu signatur: Roti Canai Berlauk, Roti Canai Wrap Nasi Lemak dan Roti Canai Biawák

Harga: Bermula RM1.90 hingga RM6

Sumber FB Abang Terbang,[email protected]

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini