Seorang Lelaki Uji Tempat Tampal RFID Yng Sesuai Dan Mudah, Berikut perkongsianya

Sebelum ini, ramai yang mendakwa tidak berpuas hati dengan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dikatakan punca trafik di plaza tol menjadi lebih sesak.

Ini berikutan ramai kejadian ‘tersangkut’ di depan palang tol setelah sistem tersebut gagal untuk mengesan pelekat RFID yang ditampal di cermin atau di lampu depan kereta.

Ramai juga yang mendakwa pelekat RFID ini terlalu ‘manja’ kerana pengguna kerap terpaksa menukarkannya dengan pelekat yang baharu setelah ianya sering terkopek ketika mencuci kereta.

Ini mengakibatkan orang ramai mula membangkitkan isu kos memasang RFID yang dikatakan membebankan dan hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Seorang pengguna TikTok, NorAzri Zakaria baru-baru ini telah berkongsi satu tip berguna untuk orang ramai menampal pelekat RFID di kereta mereka.

– Tangkap layar dari TikTok azrizakaria901
Menurutnya, melekatkan sticker RFID di bahagian belakang nombor plate depan kereta akan membolehkan frekuensi radio dikesan dengan lebih cepat.

Berbanding dengan menampalnya di cermin depan kereta, cara ini juga lebih kemas serta tersorok dari pandangan pihak yang berniat jahat dan ingin mengambil kesempatan.

Beliau turut menghantar video TikTok berdurasi 1 minit 18 saat tersebut sebagai ‘eksperimen’ menggunakan kereta beliau sendiri.

Hasilnya amat menakjubkan! Azri didapati berjaya melepasi kira-kira enam plaza tol tanpa sebarang masalah untuk mengundur kembali keretanya.

Ramai pengguna TikTok yang lain memberikannya pujian dan penghargaan terima kasih di ruangan komen setelah mencuba sendiri keberkesanan cara ini.

– Tangkap layar dari TikTok azrizakaria901
“Terima kasih bro… tip yang berguna. Saya dah buat memang menjadi. Laju je dapat detect dalam kelajuan 40km sejam, terus palang naik,” tulis pengguna nizamabdrazak.

“RND berjuta-juta punya company, last-last netizen yang dapat kaji solution problem RFID,” balas vatzruuz.

Walaupun ada juga yang memberi komen cara ini boleh mendatangkan masalah sekiranya nombor plate patah dan hilang, Azri hanya memberi jawapan berikut:

“Ya, mana-mana tempat ada kelemahan. Saya suka area nombor plate sebab nampak kemas dan tak susah rosak sebab tersorok”.

Letak sticker dekat belakang no plate (depan). Lebih cepat detect daripada tampal dicermin. Lebih kemas dan tersorok. Sila la cuba.

Sumber: NorAzri Zakaria

Lagi Perkongsian Lokasi terbaik tampal RFID, palang confirm buka lebih awal
Lelaki ini kongsi lokasi terbaik tampal RFID, palang confirm buka lebih awal. Sejak beberapa hari lalu, isu mengenai Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sangat hangat diperkatakan terutama apabila sistem tersebut dipercayai tidak dapat mengesan kereta pengguna yang melalui tol di beberapa laluan termasuk di Tol Sungai Besi. Ekoran itu, ramai pengguna yang meluahkan kekesalan mereka sehingga RFID menjadi trending kini di media sosial.

Tidak kurang juga ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut terutama cara-cara untuk memasang tag RFID pada kereta dengan betul.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Solihin Razali, yang mengatakan bahawa tag RFID telah dipasang bersebelahan nombor plat kereta.

Lelaki ini kongsi lokasi terbaik tampal RFID, palang confirm buka lebih awal

Menurutnya, tag itu dipasang oleh pekerja tol di mana ia diuji terus dengan menggunakan pengimbas RFID manual.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

RFID pasang di toll, diorang test guna scanner RFID manual:

Pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)

Pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)

End up diorang pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula-mula tu ragu-ragu jugak, boleh detect ke idak ni.

Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling best adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!

Siapa lagi geng RFID tepi plat?

Sumber:TrendingSangat

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini