Rezeki Selur̷uh Rumah Diubah Suai Selep̷as Ahli Perniag̷aan Pij̷ak ‘Lant̷ai Lemb̷ut’ Ketika Buat Lawat̷an

Soal rezeki manusia diaturkan oleh Yang Maha Esa. Jika sudah tertulis, tiada siapa pun yang dapat mengha.langnya.

Demikian kisah yang dik0ngsikan oleh seorang akt!vis masyarakat, Natipah Abu mengenai sebuah keluarga yang pernah disantuni pasukannya sebelum ini.

Keluarga enam beranak ini pernah mendapat perhatian pihaknya sebelum ini yang mana dana yang disumbangkan orang ramai disalurkan untuk membiayai kos baik pulih dapur mereka yang daif.

Apa yang menarik mengenai keluarga ini, rumah mereka begitu bersih dan kemas, baik di bahagian dapur mahupun bilik tidur, walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Kisah keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri muda bersama empat anak mereka ini pernah disiarkan di mStar, Ogos lalu.

Namun siapa sangka, keluarga ini bukan sahaja mendapat dapur baharu yang selesa, malah seluruh kediaman mereka juga diubah suai menjadi lebih besar dan cantik.

Menurut Natipah, keluarga yang menetap di daerah Baling, Kedah ini mendapat perhatian seorang hamba Allah selepas kisah mereka v!ral, lantas bermurah hati menyuarakan hasrat mahu menanggung kos ubah suai seluruh kediaman.

“Saya panggil hamba Allah itu ‘Abang Beras’ sebab dia ada kilang beras. Saya ingat dia dah pencen sebab usianya lewat 50an, rupa-rupanya dia seorang ahli perniagaan.

“Kami langsung tak kenal antara satu sama lain. Tapi saya yakin bahawa dia nampak ‘sesuatu’ di dalam keluarga ini. Dan dia menghantar mesej (PM) kepada saya sendiri,” kata wanita berusia 47 tahun itu.

Saya panggil hamba Allah itu ‘Abang Beras’ sebab dia ada kilang beras. Saya ingat dia dah pencen sebab usianya lewat 50-an, rupa-rupanya dia seorang ahli perniagaan.

NATIPAH ABU

AKTIVIS MASYARAKAT

Cerita Natipah, ahli perniagaan itu turut meluangkan masa untuk melawat kediaman keluarga berkenaan sebelum ini.

“Ketika lawatan ke rumah itu, kita pun menerangkan kepada hamba Allah tersebut tentang matlamat kita untuk menyiapkan dapur itu seadanya.

“Melangkah masuk ke ruang tamu rumah itu, kaki kami memijak lantai yang lembut. Rupa-rupanya kata pasangan suami isteri itu, ia pasir yang dicampur dan digaul dengan simen. Pasir yang banyak sebab mereka tak ada duit nak buat lantai simen,” ceritanya.

Tambah Natipah, sebaik sahaja mendengar penerangan berkenaan, ahli perniagaan itu terus menyatakan hasrat untuk menanggung semua kos untuk mengubah suai kediaman keluarga tersebut.

“Katanya, Cik Pah (Natipah) buat bahagian dapur. Yang lain saya buat semua. Saya tanggung,” cerita wanita ini lagi.

Menurutnya, ahli perniagaan tersebut mempunyai alasan tersendiri di sebalik keputusannya menanggung kos pembiayaan ubah suai kediaman keluarga berkenaan.

“Saya suka orang yang pembersih. Kalau kita bagi pada orang macam ni, dia akan hargai dan jaga pemberian kita dengan elok. Semoga dengan rezeki rumah baru ni, akan meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah. Inilah amal jariah saya untuk kedua arwh ayah bonda saya,” cerita Natipah mengimbas kembali kata-kata ahli perniagaan berkenaan.

Menurut Natipah, kerja-kerja pembinaan yang bermula pada 17 Ogos itu telah berakhir dan rumah tersebut siap sepenuhnya pada 10 Oktober lalu.

“Kita tetap dengan akad kita, menyiapkan dapur. Yang lain, datangnya dari Hamba Allah itu yang memang hajatnya untuk keluarga tersebut.

“Apa hak kita untuk mengha.lang dan mempersoalkan tentang rezeki yang telah Allah kirim buat mereka,” katanya lagi.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

SUmber & foto diambil dari mStar | mytvviral