Rent̷as Negeri: W̷ajib Buat Uji̷an RTK Sebelum Pul̷ang Ke K̷ampung – KJ

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan untuk melakukan ujian RTK-Antigen menggunakan air liur sebelum pulang ke kampung berjumpa keluarga.

Menurutnya, pelaksanaan tersebut bagi memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat.

Menerusi ciapannya di Twitter pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah beralih ke ujian simptomatik dan mendorong orang yang berada dalam persekitaran hubungan serta mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

— Khairy Jamaluddin

Tambahnya, hanya tinggal 1.6 peratus lagi kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus sebelum sempadan antara negeri dibuka.

Pelaksanaan ini adalah untuk memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kerajaan tidak lagi boleh melaksanakan sekatan jalan raya ketika negara akan beralih kepada fasa endemik.

“Kita tidak boleh melaksanakan sekatan jalan raya untuk melihat apakah anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya,” jelasnya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

SUmber: Xtra Via Mytv Viral