Rajin ToIong lbu Meniaga, GeIagat Anak Kecil Ini Buat Ramai Terharu

Setiap anak yang dilahirkan adalah umpama kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya.

Baru-baru ini, sebuah akaun TikTok berkongsi video yang membuatkan ramai netizen terharu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sibuk mengangkat gelas kotor dari meja pelanggan. Difahamkan lagi, kanak-kanak itu sedang membantu ibunya berniaga di kedai makan mereka.

Tolong ibu kutip gelas2 dan bekas2 makanan kotor

Ramai yang kagum melihat kanak-kanak kecil itu.

Di saat kanak-kanak lain seusianya sedang bergembira bermain dengan rakan-rakan atau mungkin meluangkan masa di hadapan gajet, kanak-kanak kecil itu sanggup berkorban dan memilih untuk membantu ibunya berniaga.

Dari raut wajahnya, jelas kelihatan kanak-kanak itu seronok membantu ibunya di kedai makan berkenaan. Malah, gelagatnya nampak lebih bersemangat berbanding si ibu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan serta kerajinan kanak-kanak tersebut. Mana tidaknya, usia sekecil itu sudah pandai membantu ibu bapanya berniaga.

Semoga sihat selalu

Semoga jadi lelaki yang hebat kelak

Dah besar nanti jadi peniaga yang berjaya ya

Aku yang dah besar pun masih bebankan keluarga

Comelnya adik ni. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, bantu ibu bapa dan keluarga ya!

Sumber: TikTok

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini