Raja Laut Diabadikan Sebagai Nama Sebatang Jalan di Kuala Lumpur, Kisah Hidup Raja Laut Yang Jarang Diketahui Umum

Pernah kecoh apabila DBKL ingin menukar Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan PaIestin sebagai simbolik sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara Asia Barat itu.

Namun begitu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapannya di Twitter meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mencari jalan lain yang lebih sesuai bagi tujuan tersebut.

Generasi baharu hari ini mungkin tidak cukup mengenal tokoh bernama Raja Laut, apatah lagi ada kala perkataan ‘raja laut’ itu dirujuk kepada panggilan untuk Ianun.

Bagaimanapun individu bernama Raja Laut dalam sejarah Malaysia sebenarnya sangat gah, bersesuaian dengan sumbangan baginda.

Bagi penyelidik bebas,

Muhamad Adha Abdul Jalil yang juga ketua editor laman Wangsa Mahkota Selangor, Raja Laut adalah kerabat Selangor dan baginda memang dinamakan sebegitu kerana diputerakan dalam kapal di perairan Lukut pada 1850.

“Ia bukan gelaran malah baginda tidak ada nama lain. Antara tahun 1881 hingga 1903, baginda bertugas sebagai majistret dan dalam masa masa antara 1899 hingga 1913, turut memegang amanah sebagai ketua penghulu.

“Baginda juga adalah bekas pengerusi The Malay Agricultural Settlement (MAS) yang antara lain menguruskan pentadbiran Kampung Baru,” katanya dalam temu bual.

Bagaimanapun seiring masa, sumbangan dan jasa Raja Laut tenggelam dan tidak diketahui umum mungkin antara sebabnya ia tidak dimuatkan dalam silibus mata pelajaran berkaitan berbanding tokoh penjajah yang signifikan dengan pembentukan Negeri Selat atau Negeri Melayu Bersekutu.

Muhamad Adha berkata, Raja Laut adalah putera kedua Sultan Muhammad Shah yang kemudiannya dikatakan menjadi anak angkat kepada Raja Juma’at bapa kepada Raja Bot.

“Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ia ditubuhkan pada 1890.

“Malah baginda juga bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur dan baginda turut menghantar puteranya di sekolah berkenaan,” katanya.

Tegas Muhamad Adha, Raja Laut adalah Raja Muda Selangor yang dilantik British di era pemerintahan Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor kelima), namun pelantikan itu tidak diperkenan Sultan.

“Sungguh pun begitu, Raja Laut kekal menggunakan gelaran Raja Muda sehingga baginda mangkat pada 1913, kemudian baru gelaran itu diberikan kepada putera sulungnya, Tengku Putra Mahkota, Tengku Musa Uddin,” katanya.

Muhamad Adha berkata, Raja Laut tidak banyak diriwayatkan secara terperinci dalam sejarah Selangor atau negara namun pengetahuan mengenai baginda masih boleh ditemui khususnya membabitkan Lembaga Pentadbir MAS.

Tegasnya, mempelajari sejarah adalah persoalan yang penting dalam membina jati diri seseorang itu apatah lagi jika ia membabitkan persoalan pembangunan negara dan bangsa.

“Sesebuah negara bangsa yang berjaya adalah kerana mengambil iktibar dari sejarah yang lampau. Demikian juga sistem pemerintahan institusi beraja yang mempunyai sejarah jatuh bangunnya.

“Mudahnya, sejarah mengajar manusia untuk terus menjadikan masa lalu sebagai pengajaran dan panduan kehidupan,” katanya.

Baginda juga adalah bekas pengerusi The Malay Agricultural Settlement (MAS) yang antara lain menguruskan pentadbiran Kampung Baru.

Almarhum dimakamkan di Tanah Perkuburan Kampong Gonggang (kini dikenali sebagai Tanah Perkυburan Jalan Ampang) Kuala Lumpur.

Sebagai tanda penghargaan dan mengingati jasa dan bakti Almarhum, nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebatang jalan di Kuala Lumpur yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Nota: Pada tahun 1974, DYMM Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkorb4n menyerahkan kawasan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara Malaysia. Ketika itu, Kuala Lumpur telah bersetuju agar sejarah-sejarah berkaitan negeri Selangor tidak dipadamkan sebagai mengenang budi dan jasa Baginda.

Sumber Facebook Royal Selangor Office

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini