R4ih Pend4patan Lum4yan, W4nita Dedah ‘R4hsia’ T4rik PeI4nggan W4lau Berni4ga Tepi J4lan

Alangkah indahnya jika harta kekayaan itu boleh dimiliki dengan mudah tetapi, hidup ini ada aturannya yang tersendiri. Terkadang, kita perlu merasakan peritnya derita terlebih dahulu sebelum menggapai bah4gia yang did4mbakan.

Setiap orang berada pada garis masa yang berbeza, jadi tidak perlu terkejar-kejar dan bimbang jika merasa ketinggalan dalam mengecap kejayaan. Apa yang penting, yakinlah untuk men0ngkah arus dan bersedia untuk keluar dari zon selesa demi diri dan juga keluarga.

Sama seperti yang dilakukan oleh Farah Emelia Jamaludin ini yang berani mengorak langkah mengubah nasib h1dupnya dengan mencuba perkara baharu. Sebelum ini bekerja ‘makan gaji’, Farah berani mengambil risiko dengan menjual takoyaki.

Mungkin perniagaan kecil-kecilan itu dilihat biasa bagi sesetengah orang, namun nampaknya ia ‘membu4hkan h4sil’ yang tidak terjangka.

Dulu supervisor di hotel

Berkongsi kisahnya kepada SK, Farah mengatakan bahawa dia bekerja sebagai supervisor di sebuah hotel selama lapan tahun tetapi memilih untuk berhenti disebabkan oleh kekangan masa untuk menguruskan anak-anak.

Pun begitu, nampaknya ia membuka lembaran baharu buat dirinya dan keluarga. Manakan tidak, tak0yaki dengan jenama Chef Tako yang dijualnya mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Dengan hasil jualan yang diperolehi setiap hari, ia membuktikan bahawa segalanya boleh dilakukan asalkan ada usaha yang berterusan.

“Purata hasil jualan harian dianggarkan sebanyak RM700 hingga ke RM800 sehari dan pernah mencecah RM18,000 sebulan,” katanya.

Dapat RM10,000 dalam masa dua bulan

Lebih membanggakan, dia hanya mengambil masa selama dua bulan untuk mencapai RM10,000 pertama menerusi jualannya itu.

Mempunyai liku dan cabaran yang tersendiri, Farah mengatakan bahawa dia mengalami masalah kesihatan ketika mula meniaga takoyaki tersebut.

“Masa mula berniaga Chef Tako ini, saya baru tahu bahawa saya pregnant. Kalau ikutkan ketika itu keadaan tidak mengizinkan tetapi Alhamdulillah saya kuatkan juga semangat untuk berniaga,” katanya.

Menceritakan kembali mengenai detik-detik ketika dia dan suami memutuskan untuk menjual takoyaki Chef Tako, Farah mengatakan bahawa mereka merupakan peminat takoyaki itu sendiri dan merasakan bahawa ia mempunyai kualiti serta berpotensi tinggi untuk menarik orang ramai.

Memulakan perniagaan ini pada bulan November 2020, mereka pertama kali ‘mengenali’ Chef Tako semasa dalam perjalanan pulang dari Pasir Mas ke Port Dickson pada tahun lalu.

Dengan hasil jualan yang amat memberangsangkan, Farah juga ‘membongkar’ mengenai ‘rahsia’ takoyaki jualannya yang sentiasa mendapat sambutan ramai. Menurutnya, kualiti dari segi penyediaan takoyaki itu sangat dititik beratkan.

Sementara itu, dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari founder Chef Tako sendiri, Farah konsisten mempromosikan takoyaki jualannya dengan melakukan live dan memuatnaik iklan di Facebook.

Bina kedai dan beli kereta baharu

Kerja keras tidak akan pernah mengkhianati hasil, Farah bersyukur kerana dapat mencapai beberapa impian walaupun baru sahaja enam bulan bersama Chef Tako. Dia dan suami dapat membina kedai khas sendiri untuk jenama Chef Tako dan mampu untuk membeli kereta baharu.

Bagi anda yang juga ingin memulakan ‘hidup baharu’ sama seperti Farah, anda boleh menyertai bengkel Nak10KPertama yang dianjurkan oleh pengasas dari Chef Tako sendiri, Hemrul Elmie dan Muhammad Misyael.

Bermatlamat untuk membantu usahawan kecil berniaga dengan asas ilmu perniagaan, kempen Nak10KPertama ini merupakan inisiatif untuk membimbing orang ramai untuk mencapai jualan RM10,000 pertama. Anda akan dibimbing secara terus oleh Hemrul Elmi dan Muhammad Misyael.

Jangan risau, bengkel ini bukan hanya untuk penjual takoyaki sahaja tetapi terbuka bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Bukan itu sahaja, tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada anda, ianya PERCUMA!

Tiga sebab kena join Nak10KPertama

Seramai 700 usahawan telah dibantu sejak 2015.

Mempunyai pengalaman selama lima tahun dalam menguruskan perniagaan.

Mempunyai tiga tahun kemahiran dalam pemasaran online.

Sumber:SantaiViral

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini