PKPD: Pergerak4n 3 Orang Dalam Satu Kereta Dibenarkan Jika…

Penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi dibenarkan untuk melakukan pergerakan tiga individu dalam sebuah kenderaan.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman web, kad janji temu atau mesej pesanan ringkat (SMS) kepada petugas di lapangan.

“Bagi kes kecemasan seperti sa kit dan kema tian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara ‘case to case basis’ atau pertimbangan kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penuIaran wa bak C0VID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Xtra, BH Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini