PiIu, Walau Diri Sendiri S4kit, Ibu Mithali Ini Tetap Jaga 2 Anak C4cat Pendengaran, Terlantar Seumur Hidup

Menguruskan dua anak yang masing-masing terlantar seumur hidup dan cac4t pendengaran bukan mudah buat Rohani Hussin, 66, apatah lagi kudratnya tidak segagah dahulu.

Selain menderita peny4kit dar4h tinggi dan kenc1ng manis, lututnya juga tidak boleh banyak bergerak.

Bukan itu sahaja, kehilangan suami yang meningg4l dunia akibat str0k sejak lapan tahun lalu, adakalanya membuatkan semangatnya goyah.

Namun begitu, perasaan kasih dan cinta tidak berbelah bahagi kepada zuriat tersayang, Mohd Zulkarman Mohd Yusoff, 28, membuatkan empunya diri terus tabah.

Cerita Rohani, Mohd Zulkarman pada asalnya seperti pemuda lain yang sihat dan cergas. Namun demikian, pada tahun 2012, anak ketujuh daripada lapan beradik itu mengalami keceder4an par4h akibat kem4langan.

Natijahnya, beliau sudah tidak mampu berdiri, apatah lagi mengurus diri sendiri. Wanita berusia 66 tahun tersebut memberitahu, hatinya pilµ mengenangkan nasib Mohd Zulkarman yang sudah terlantar sejak lebih 10 tahun lalu, meskipun pelbagai ikhtiar sudah dilaksanakan.

“Bukan saya tidak pernah berusaha sebelum ini, sudah habis wang simpanan hasil jualan rumah dikeluarkan demi menampung kos rawatan dia, namun sampai satu tahap doktor maklum, keadaannya tidak boleh disembµhkan lagi,” katanya yang kini tinggal di rumah sewa anak perempuannya di Pangkal Changgung, Machang, Kelantan.

Mengimbas semula bagaimana kem4langan berlaku, Rohani berkata, Mohd Zulkarman terlibat dalam satu nah4s ketika dalam perjalanan untuk menonton perlawanan bola sepak.

“Dia bersama sepupunya menunggang motosikal ke stadium. Sepupunya meningg4l dunia di tempat kejadian selepas pat4h tengkuk, manakala anak saya pula k0ma.

“Bukan sebulan, tetapi enam bulan lamanya dia koma dan dirawat di beberapa hospital termasuk berulang-alik dari Kelantan ke Hospital Kuala Lumpur. Ketika dibawa balik ke rumah, tiba-tiba dia sedar,” imbaunya.

Selepas bersembang lama, barulah Rohani ada kekuatan untuk memberitahu tentang satu kisah lain kepada penulis. Rupa-rupanya, anak bongsu beliau, Mohd Zulhilmi yang kini berusia 24 tahun merupakan lelaki cacat pendengaran.

“Mohd Zulhilmi mengalami masalah kesihatan sejak dilahirkan dan terpaksa ditahan wad lebih sebulan. Perkembangannya tidak normal seperti anak-anak yang lain.

“Saya ingatkan dia bisµ sebab tak bercakap, malah untuk panggil mama pun dia tak pandai. Selepas dia bersekolah rendah, barulah dia pandai bertutur, tetapi dalam bahasa dialah,” kata beliau.

Meskipun begitu, ujar Rohani, Mohd Zulhilmi tidak pernah melakukan sesuatu perkara luar biasa yang boleh merisaukan famili.

Bukan saya tidak pernah berusaha sebelum ini, sudah habis wang simpanan hasil jual rumah dikeluarkan demi menampung kos rawatan dia, namun sampai satu tahap doktor maklum, keadaannya tidak boleh disembuhkan lagi,” katanya yang kini tinggal di rumah sewa anak perempuannya di Pangkal Changgung, Machang Kelantan.

BELAS IHSAN ORANG RAMAI.

Luah ibu kepada lapan anak itu, perasaan takµt membelenggµ diri tatkala mengenangkan bagaimana masa depan dua anak orang kurang upayanya jika beliau sudah tiada di muka bumi ini.

“Kalau mahu ceritakan satu persatu, memang tidak terluah apa yang terbuku dalam hati. Berdepan ujian silih berganti, hanya Allah sahaja dapat membaca isi hati saya, namun demi anak-anak, saya mesti bersemangat,” ungkapnya sayu.

Selayaknya Rohani boleh digelar ibu yang cukup cekal, kuat, berani dan memiliki tahap kesabaran yang tinggi.

Di sebalik kisah duka Mohd Zulkarman dan Mohd Zulhilmi, wanita itu sebenarnya sudah berdepan dengan banyak kehilangan.

Beliau begitu hiba tatkala menceritakan tentang dua lagi anak lelakinya yang telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Anak sulungnya, Mohd Zulkifli meningg4l dunia akibat dem4m panas pada usia 47 tahun, manakala anak keempat, Zulkarnain terk0rban dalam nahas jalan raya pada tahun 2017.

Pendedahan tersebut membuatkan penulis terkedµ dan perasaan sedih semakin menghantµi diri selepas mendengar suara warga emas itu menangis.

“Doakan saya agar terus kuat berdepan dengan ujian daripada Allah,” katanya.

Tidak lagi bekerja, jadi bagaimana beliau menanggung kos perubatan, makan dan minum Mohd Zulkarman dan Mohd Zulhilmi?

Rohani berterus terang, dirinya bergantung kepada ihsan anak-anak yang lain termasuk orang ramai.

Kalau mahu ceritakan satu persatu, memeang tidak terluah apa yang tebuku di hati. Berdepan ujian silih berganti, hanya Allah sahaja dapat membaca isi hati saya, namun demi anak-anak, saya mesti bersemangat.

Untuk bantuan lampin pakai buang Mohd Zulkarman, keluarga itu menerima sµmbangan daripada Perkeso setiap bulan. Namun demikian, untuk susu khas, wanita itu mengakui tidak mampu untuk membelinya sehingga terpaksa beri ‘makanan biasa’ sahaja kepada pemuda itu.

“Sejak pindah ke rumah anak, bantuan kerajaan sebanyak RM500 dihentikan kerana perlu buat permohonan baharu disebabkan pertukaran alamat. Semua dokumen sudah selesai, cuma kami masih menunggu kelulusan.

“Sekarang ini saya menµmpang di rumah sewa anak perempuan yang sedang sarat mengandung anak kelima. Saya memang rasa serba sal4h,” katanya.

Sumber Sinar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini