Petugas Pengurusan Jen4zah C0vid-19 Sebak Uruskan Peng3bumian Ibu Sendiri

Khidmat petugas pengurusan jenazah ketika ini sememangnya merupakan satu khidmat yang sangat penting kerana pertambahan kematian setiap hari terutamanya pesakit Covid-19.

Namun, disebalik usaha mulia petugas-petugas pengurusan jenazah tersebut siapa sangka ada diantara mereka menguruskan jenazah ahli keluarga mereka sendiri.

Kebumikan jenazah ibu

Hal berkenaan dikongsikan oleh seorang lelaki yang menggunakan nama IamAjak di Twitternya dan memuat naik momen menguruskan jenazah ibunya yang telah meninggal dunia.

Menurut lelaki tersebut, hari ini merupakan hari yang serba serbi tidak kena buat dirinya kerana perlu menguruskan jenazah ibu sendiri walaupun sebelumnya dia memang seorang pengurus jenazah.

Lengkap berpakaian PPE

Dapat dilihat dia begitu beremosi ketika mengebumikan ibunya dan lengkap berpakaian PPE penuh. Dia juga telahduduk mencangkung di tepi pusara ibunya yang sudah selamat dikebumikan.

Terima kasih ibu atas segala pengorbanan
Menurut IamAjak, ibunya telah meninggal dunia pada 11.30 malam pada 8 Ogos 2021. Dalam coretannya, dia memaklumkan amat menyayangi ibu tercinta dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.

Innalillahiwainailahirajiun…

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat IamAjak dengan mendoakan agar roh ibunya tersayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah

Semoga ibu saudara ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Semoga diberi kekuatan mengharungi dugaan

Sumber: Twitter IamAjak

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini