Meremang! Siti Nordiana Pernah Terima Kacip Pinang Berkarat DibaIut Kain Kuning

Sudah sinonim dalam kalangan masyarakat, hadiah selalu dianggap sebagai satu pemberian bagi memperingati atau menghargai seseorang. Baik untuk hari jadi mahupun sebarang perayaan istimewa, kita sering memberikan hadiah buat insan yang kita anggap istimewa.

Justeru, tidak hairanlah jika goIongan artis juga kerap menerima hadiah daripada peminat sebagai tanda sokongan. Namun, hadiah yang sering dipandang cantik dan comeI oleh kebanyakan orang barangkali membawa pengertian berbeza kepada penyanyi Siti Nordiana, 38.

Hal ini kerana, pelantun lagu Angara itu mengakui kerap menerima hadiah-hadiah yang agak meragukan daripada peminat. Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia pernah menerima sebuah kacip Iama yang telah berkarat dan dibalut dengan kain kuning.

“Sepanjang bergelar penyanyi, saya banyak menerima hadiah yang pelik-pelik daripada… mungkin bukan peminat kot? Pernah suatu ketika, sekitar tiga tahun lalu, saya mengadakan persembahan di sebuah negeri.

“Sebaik selesai persembahan, saya menerima hadiah berupa kacip sirih lama yang telah berkarat dan dibalut kain kuning. Terkejut saya ketika itu.Jujurnya, naik bulu roma saya bercerita kembali pengalaman ini,” ujar Nana dalam nada serius.

Begitupun, Nana berkata, bukan dia yang membuka hadiah tersebut dan melahirkan rasa bersyukur kerana tiada sebarang kejadian seram yang menyusuI selepas hadiah berkenaan dibuka.

“Memang sebarang hadiah akan dibuka oleh pengurus atau pembantu peribadi. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku selepas itu,” ujar Nana.

Namun, ada satu lagi insid3n yang masih segar dalam ingatan Nana apabila ada peminat yang memberinya sekeping surat dengan tulisan Siam.

“Surat itu diberikan kepada pemandu saya. Apabila dia buka, terpampang tuIisan Siam pada kertas berkenaan. Seminggu juga pemandu saya itu demam,” kongsi Nana.

Tambah Nana, dia turut mengalami kejadian seram yang tidak keterIaluan seperti rasa tidak sedap hati dan juga perasan akan kelibat yang tidak dikenali.

“Saya kerap masuk kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan. Jadi, sudah agak terbiasa nampak kelibat dan lintasan. Tapi, minta dijauhkan terlihat jelmaan yang menakutkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nana berkata, dia sering mengamalkan bacaan surah Al-Mathurat Sughra seperti yang disarankan oleh ustaz.

“Jika ada kerunsingan, saya akan bertanya dengan ustaz. Jadi, dia cadangkan supaya saya amalkan surah Al-Mathurat Sughra setiap kali selepas solat Subuh dan Asar.

“Insya-Allah, surah itu dapat mendinding kita daripada hal-hal yang kita tidak ingini,” tutup Nana.

Sekadar info, Siti Nordiana dilahirkan pada 22 November 1984 di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Anak kepada pasangan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), beliau ialah anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai seorang abang. Beliau dibesarkan di Rancangan Tanah Felda Sendayan yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Seremban.

Sumber Gempak

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini