Pernah GagaI SPM, Kini 3 Lelaki Ini Mampu Raih Pendapatan Sehingga RM20 Ribu Sebulan

Bukan kami nak katakan yang korang tidak perlu fokus pada pelajaran, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah…

Seperti yang dilalui oleh tiga orang anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilaah Timur, Muhammad Badiuzaman Ya abu Bakar, Mohd Faizal Ismail dan Muhamad Qamarul Auji Amran apabila berjaya menjadi pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 sehingga RM19,000 sebulan.

KegagaIan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghaIang mereka untuk terus membina empayar dalam kerjaya masing-masing dan turut dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Muhammad Badiuzaman, dia mengambil kursus kimpaIan selama dua bulan di ABM selepas melihat arw4h abangnya, Muhamad Hasbiallah yang mendapat pendapatan tinggi.

Masa mula-mula kerja, gajinya hanya RM1,400. Beberapa tahun kemudian, dia diberi kepercayaan untuk menjadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan RM19,000.

Badiuzaman berkhidmat di sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu. Sebelum itu, dia juga pernah merasai pengalaman berkhidmat di China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai.

Pergh, memang hebat. Untung sangat kalau dapat menimba pengalaman di negara orang kan?

TIDAK PERNAH PATAH SEMANGAT

Selain itu, Qamarul Auji dan Faizal Ismail juga turut menerima nasib yang sama. Disebabkan tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, sekaligus tidak layak untuk masuk unversiti, mereka pernah juga diejek rakan sebaya kerana mendapat keputusan yang teruk.

Ia langsung tidak mematahkan semangat mereka, malah lebih membuatkan anak muda ini ingin memajukan diri sendiri.

“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di sana,”kata Qamarul yang mengambil sijil dalam bidang perpaipan dan kini sudah mampu untuk membuka syarikatnya sendiri.

Manakala, Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi pernah memperoleh pendapatan lebih RM20 ribu sebulan berkata, bidang kemahiran banyak membuka peluang baru untuk dirinya selepas gagaI meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Dia kini sudah mampu untuk membantu dan memberi kesenangan kepada keluarga, terutamanya buat si ibu yang sudah melahirkannya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.

Paling penting, rajin dan selalu berusaha.

Sumber SH

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini