Pernah DiperIekeh Kerana Bina Rumah Terapung Hadapi Banjir, Kini Anak Bangga Usaha Ayahnya BerhasiI

Jika dahulu usaha beliau membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh diperlekeh sesetengah pihak kononnya melakukan kerja yang sia-sia.

Kini, A Bakar Che Ahmad sudah mampu tersenyum lebar apabila usaha tersebut berjaya membuahkan hasil.

Masakan tidak, rumahnya itu berjaya terapung selepas kediamannya yang terletak di Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu dilanda banjir.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh anak warga emas berkenaan menerusi medium TikT0k.

Sebelum itu, sebenarnya A Bakar pernah menghebahkan bahawa rumah yang dibinanya mampu terapung pada ketinggian 5 meter (m) sekiranya banjir meIanda.

Ketika proses pembinaan, warga emas itu telah mengambil kira banyak faktor antaranya termasuklah kelajuan arus banjir.

Tidak dibiarkan begitu sahaja, rumah terapung tersebut kemudian diikat di dua tiang setinggi 6m yang dibina pada sisi kiri dan kanan.

A Bakar juga menggunakan kayu dan 69 biji tong plastik untuk dijadikan sebagai penyokong yang berfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir.

Kos pembinaan rumah kelong itu dianggarkan memakan belanja kira-kira RM47,000 yang turut dibantu oleh tujuh orang anaknya.

Mengikut cerita, empunya diri yang kini berusia 67 dikatakan melakukan pengubahsuaian bersama isterinya, Fatimah Salleh, 61, selepas tempat teduh mereka semakin usang akibat ditenggeIami banjir saban tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativiti beliau.

Berikut antara komen netizen:

– “Rumah ni pernah viral tetapi diejek oleh sesetengah orang. Kini tengok lah hasilnya sekarang. Alhamdulillah.”

– “Mula-mula buat memang orang petikai macam-macam, tapi bila sudah ada hasil baru orang nmpak.”

– “Pak cik paling bijak, sedia payung sebelum hujan.”

– “Rumah ni dah boleh jadi modal contoh kepada mereka yang sering mengalami banjir. Terbaik pakcik.”

– “Pak cik bijak, berfikir di luar kotak.”

Sumber [email protected]_fishing2

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini