“Pernah Berdoa Nak Belajar di Madinah” – Lelaki Ini Terkejυt & Teruja Selepas 4 Tahun, Doa Dimakbul Walau Keputυsan Peperiksaan Tak Bagυs

Firdaus akui kehidupannya kini jauh berbeza dengan tanah air tercinta, namun perlahan-lahan membiasakan diri.

Kunjungan pertama jejaka ini ke tanah suci Mekah dan Madinah pada tahun 2013 ternyata meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Pada waktu itu, Firdaus Mohamad Fauzi, 27 tahun sempat memanjatkan doa agar dia diberi kesempatan untuk mengulangi kunjungannya ke kota suci itu pada masa akan datang.

Bagaikan rezeki yang tak disangka-sangka, dia akhirnya diterima untuk menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah pada 2017 dan kini sudah lima tahun berkelana di sana.

“Pada tahun 2013, saya terpilih mewakili Malaysia ke sana untuk program hafazan. Ketika berada di Mekah, saya mula simpan hasrat untuk belajar di sana, tapi saya tahu agak sµsah nak dapat.

“Jadi saya sempat belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selama dua tahun. Keputusan pengajian saya juga tak bagus sangat, tapi akhirnya rezeki saya diterima masuk ke Universiti Islam Madinah pada tahun 2017.

“Saya menyambung pengajian di sana dalam bidang Syariah. Sejujurnya memang teruja bila tahu keputusan kerana pada awalnya, saya fikir permohonan tak diterima,” ujarnya yang berasal dari Terengganu.

Senang disapa Firdaus, dia mengakui kehidupan di Mekah dan Madinah jauh berbeza dengan tanah air tercinta, namun perlahan-lahan membiasakan dirinya dengan gaya hidup dan budaya di sana.

Tambah Firdaus, perbezaan itu juga tidak dianggap sebagai satu beb4nan, sebaliknya dia gembira dapat menyɛlami cara hidup baharu yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Sangat banyak perbezaan. Sebab kita orang Melayu, bila datang sini, saya sedar bahawa orang Melayu sangat lemah lembut. Sebagaimana kita tahu, orang Arab agak k4sar.

“Bila duduk sini baru tahu betapa lembutnya kita semua. Susah juga nak sesuikan diri dengan makanan. Nasi Arab memang sedap, tapi kalau hari-hari makan, mesti rasa mµak.

“Nak masak sendiri selalu pun agak susah nak cari bahan. Melainkan kalau ada kenalan datang nak buat umrah, saya akan kirim santan, susu pekat dan sebagainya dari Malaysia.

“Tapi sejujurnya pengalaman di sini menyeronokkan. Tak tahu nak cerita bagaimana,” ujarnya.

Kata Firdaus, dia sebelum ini akan mengerjakan umrah sebanyak dua kali dalam sebulan, namun kini kekerapan itu dikurangkan memandangkan p4ndemik C0v1d-19 belum berakhir.

“Sebelum p4ndemik, setiap bulan buat umrah, atau setiap dua minggu… ikut kelapangan masa. Sekarang dah pandemik, jadi agak kurang sikit,” jawabnya ringkas.

Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, dia turut terkejut apabila perkongsian videonya di TikT0k mengenai pengalaman lima tahun menetap di Madinah akan meraih perhatian ramai.

Ujarnya, dia sekadar berkongsi video untuk disimpan sebagai kenangan memandangkan pengajiannya di Madinah dijangka berakhir September depan.

“Saya baru saja aktif di TikT0k. Saya buat video untuk disimpan sebagai kenangan. Ini tahun terakhir saya di sini. Tak sangka tiba-tiba bl0w up.

“Ramai juga yang tanya proses untuk duduk di Makkah atau Madinah. Pada masa sama, netizen juga minta doa agar mereka dapat datang ke kota suci suatu hari nanti,” ujarnya lagi.

Sumber mStar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini