Perkongsi̷an Ini Buatk̷an Warg̷anet K̷agum, ‘Runner’ Bekalk̷an Sebotol Petrol Sepanj̷ang Bekerj̷a

Tengah hari ni ada satu tempahan yang tercicir. Customer nak sambut sambutan ulang tahun hari lahir. Saya pun request menggunakan aplikasi runner.

Datanglah hamba Allah ini selaku runner yang mahu menerima tempahan saya. Junaidi namanya. Saya tanya dia “Apa benda air merah dalam botol tu?” Dia cakap, “petrol bang.”

“Banyaknya, maksudnya memang bawak bekal petrol?” tanya saya. “Lebih kurang la bang. Kadang-kadang runner lain mungkin perlukan petrol” jawab Junaidi.

“Ohh kiranya awak jual petrol on the go ke runner?” Tanya saya selepas masih belum berpuas hati dengan jawapan awal Junaidi.

“Taklah bang. Saya bagi atau sedekah sahaja bang. Mana-mana runner tersadai tepi jalan sebabkan petrol habis, saya akan tol0ng tuang petrol.” Ulas Junaidi.

“Kenapa tak jual?” tanya saya. “Tak saya bagi free sahaja. Sebab dulu saya pun pernah kena petrol habis dan ada orang tol0ng saya bagi petrol. Jadi saya nak balas balik nak buat macam ni kat orang lain balik” jawab Junaidi.

“Masyaallah. Saya doakan semoga Allah berkati dan curah rahmat ke atas diri awak dan pekerjaan awak. Perbuatan mulia ni, Allah dan Rasul cukup suka orang macam ni” jawab saya selepas kagum dengan jawapan balas Junaidi.

Tengok petrol tu warna merah, warna merah tu RON97 ye kawan². Minyak mahal tau.

Se.barkan kebaikan supaya orang lain terikut untuk melakukan kebaikan. Tak rugi buat benda baik, Allah dan Rasul sayang dekat kita. Bila Allah sayang kita, dia akan panggil malaikat Jibril alaihissalam dan beritahu aku suka kepada hambaku ini dan engkau mesti suka kepada dia. Lalu malaikat Jibril maklum kepada malaikat-malaikat lain dan beritahu Allah dan Jibril suka kepada seseorang ini, maka anda semua kena suka kepada manusia ni.

Tak rugi jadi orang baik. Jangan risau dan susah hati bila kebaikan kita tidak dibalas, Allah balas. Bila Allah balas, jauh lebih baik daripada balasan manusia.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto diambil dari The v0cket, Facebook Wan Lokman

Via Mytv Viral