Pengantin Kecik Viral,Terpaksa Bersalin Awal.Ini Penjelasan Dari Tuan Badan

Disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah, kisah wanita berusia 27 tahun bernama Syakila Norazma Amira pernah tular awal tahun ini kerana mempunyai tubuh yang sangat genit.

Berkahwin dengan lelaki yang tinggi lampai, kisah cinta dan perkahwinan mereka berdua menjadi perhatian penuh selain menjadi simbolik keikhlasan menerima pasangan seadanya.

Pada Ogos lalu juga, Puan Yaya ada berkongsikan berita sedang hamil anak sulung mereka selama 11 minggu.

Kini dia sedang menunggu hari untuk menyambut kelahiran bayi comelnya. Jelasnya, dia terpaksa bersalin awal kerana saiz bayi terlalu besar.

Komen Netizen:

“Apa-apa pun kami dari pihak Detik Ini Viral ,Mendoakan Semoga Segalanya Dipermudahkan.Serta Semoga Baby Dan Ibunya Sihat Walafiat, Aamiinn….”

Di mata saya dia sempurna – Azri
Seorang pekerja kilang dari Kampung Machang, Ajil di sini membuktikan keikhlasan hati dan keluhuran cintanya apabila mene­rima wanita kerdil berketinggian 118 sentimeter sebagai isteri.

Muhammad Azri Zaidi, 19, yang bertemu jodoh menerusi permainan video online, PUBG selamat disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Syakila Norazma­ Amira Zuharsema, 27, dari Kampung Pengkalan Ajal, Ajil di Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu pada 18 Mac lalu.

Muhammad Azri berkata, keperibadian dan keyakinan diri yang dimiliki isterinya itu membuatkan hatinya terpaut untuk menyunting wanita berkenaan menjadi permaisuri hidupnya.

Katanya, dia tidak pernah melihat saiz fizikal sebagai satu kekurangan.

“Kami sama-sama bermain PUBG pada Ramadan tahun lalu sebelum bertukar-tukar nombor telefon dan kemudiannya sering­ berhubung melalui aplikasi Whats­App. Lama-kelamaan terbit rasa sayang dalam hati.

“Tidak sangka apabila kami menyatakan hasrat untuk ‘ber­satu’ kepada keluarga masing-masing, semuanya menyokong dan merestui hubungan ini.

“Walaupun mengetahui dia (Syakila) tidak seperti wanita lain namun di mata saya, dia tetap sempurna, kami melengkapkan kekurangan masing-masing. Suara-­suara sinis tidak saya ambil kisah kerana yang lebih pen­ting kami berdua bahagia,” kata­nya di rumah mereka di Kampung Machang di sini semalam.

Sementara itu, Syakila Nor­azma Amira berkata, dia dapat rasai keikhlasan cinta suaminya itu yang tidak pernah malu atau mengejek keadaan fizikalnya.

Ujarnya, ia menggambarkan kematangan Muhammad Azri meskipun berusia lebih muda daripadanya.

Syakila Norazma Amira yang merupakan anak sulung dari­pada tiga beradik berkata, meskipun diselubungi perasaan takut untuk berjumpa dengan keluarga suami buat pertama kali, namun dia kuatkan semangat serta percaya dengan kekuatan cinta mereka berdua.

“Suami banyak yakinkan saya tentang keluarganya dan syukur mereka bukan sahaja baik, malah dapat menerima saya seadanya tanpa pernah melihat fizikal saya sebagai kekurangan. Keluarga saya juga terbuka terima suami walaupun masih muda.

Video Klik Disini

Sumber : TikTok Yaya Mekcekk/Metro

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini