Pendap̷atan RM6,000 Kerja Pet̷ik Buah, Mohd Saufi K0ngsi Tips Jika Mahu Bekerja Petik Buah Di Australia

Mengejar pendapatan lumayan biarpun terp4ksa memban/ting tulang empat kerat mendorong segelint1r r4kyat negara ini memilih untuk bekerja sebagai bu.ruh ladang buah-buahan dan sayuran di Australia.

Peluang pendapatan antara AUD$1,500 hingga AUD$1,800 (RM5,000 hingga RM6,000) sebuIan, dianggap suatu nilai yang besar kerana hanya bekerja sebagai pemetik buah epal, strawberi, tomato ataupun tembikai.

Namun, hasil itu bukan datang dengan mudah kerana perlu meme*rah ker1ngat terutama memetik tanaman dengan berjalan kaki dalam kawasan ladang yang mencecah keluasan antara 10 hingga 12 hektar.

Mohd Saufi Ishak, 45, tertarik bekerja sebagai pemetik buah di Perth, Australia, selepas berhubung menerusi laman sosiaI dengan seorang rakan lama ketika bekerja sebagai kru produksi, yang kemudian memaklumkan sedang bekerja di ladang strawberi di Australia.

Saufi mula bekerja di Australia sebagai pemetik buah sejak Oktober tahun lalu. Beliau kemudian menemui ejen yang menguruskan pengambilan pekerja ladang negara tersebut dengan membayar RM4,000 bagi segala urusan pekerjaan dan penempatan di sana sebelum bertolak ke Australia pada Oktober tahun lalu.

“Tawaran gaji menarik, membuatkan saya nekad bekerja ladang di sana dan kebetulan tidak mempunyai kerja lain ketika itu. Jadi, saya fikir kalau dapat hantar duit RM3,000 hingga RM4,000 sebulan kepada keluarga di Malaysia sudah cukup memadai.

“Selain itu, di sini (Malaysia) keadaan ekonomi agak perlahan dan tawaran kerja pula terhad. Jadi, tidak salah kalau saya mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan keluarga,” ujarnya ketika ditemui BH baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya di sana, Mohd Saufi berkata, dia bekerja di tiga ladang milik warga Australia berketurunan Vietnam iaitu di Ladang Waneroo, Gingin dan Karabooda sekitar Perth.

Katanya, ketika mula sampai di Perth, beliau ditempatkan dalam sebuah rumah teres bersama lapan lagi pekerja Malaysia dan perlu membayar sewa AUD$70 (RM215) secara mingguan.

“Saya juga perlu membayar kira-kira AUD$7 (RM20) untuk tambang pengangkutan ke ladang yang mengambil masa setengah jam perjalanan dari rumah sewa,” katanya.

Mohd Saufi berkata, setiap hari beliau perlu bangun seawal jam 4 pagi sebelum bersiap-siap untuk ke ladang kerana waktu bekerja bermula jam 5.30 pagi hingga 4 petang.

“Tugas saya ketika mula-mula tiba di sini ialah memetik buah strawberi, dengan bayaran AUD$13 (RM40) bagi setiap jam. Namun saya hanya sempat memetiknya selama sebulan kerana musim bermula Jun hingga Oktober.

“Selepas habis musim strawberi, saya memetik tomato dan tembikai dengan dibayar AUD$6 (RM18) bagi setiap bakul dikutip. Kebiasaannya, dapat mengutip antara 16 hingga 20 bakuI sehari,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi mendapatkan bayaran yang lumayan ia bergantung kepada kerajinan seseorang berikutan kawasan ladang yang luas menjadi antara cabaran dalam kerja tersebut kerana perlu berjalan kaki antara 10 hingga 12 kilometer sehari.

“Mula-mula datang sini timbul juga rasa se*sal kerana perlu bersu*sah payah, tapi bila sudah mula serasi dengan kerja ini, baru timbul perasaan sangat-sangat menghargai apa yang dilakukan.

Ini kerana wang yang diterima setiap minggu itu menggambarkan hasil titik pe*luh kita,” ujarnyayang bekerja enam hari seminggu.

Mohd Saufi memaklumkan, ada lebih 100 rakyat Malaysia sedang bekerja di puluhan ladang buah-buahan dan sayuran sekitar Perth, selain pekerja dari negara anggota ASEAN.

“Ada rakan sanggup bergolok berga*dai termasuk jual motosikal dan kereta untuk sediakan wang sebagai bayaran kepada ejen semata-mata kerana mahu datang bekerja di sini.

“Malan*gnya, ada juga rakan sekerja berkongsi pengalaman dit1pu ejen, kononnya ditawarkan kerja petik epal dan strawberi, sudah membayar sejumlah duit kepada ejen tapi bila sampai tidak ada kerja, malah ada yang bekerja tapi tidak dibayar gaji.

“Bagi mereka yang mungkin mahu bekerja di Australia, saya nasihatkan pilihlah ejen yang mempunyai rekod baik dan boleh dipercayai bagi mengelak dit1pu kemudian hari. Janganlah mudah terpe*daya dengan tawaran gaji lumayan oleh ejen yang hanya mahu mengambil kesempatan,” katanya yang pulang bercuti dua minggu selepas lima bulan berada di Australia – Berita Harian

SUmber: rentas.asia

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini