Walapun Sering DibuLl Tervk, Pelajar Lembvt Berjaya Bertah4n..Kini Setiap Semester Terima Anugerah Dekan

PERASAAN sedih dalam hati, tak siapa mampu mengerti.

Sejak sekolah rendah sehinggalah tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fariz Azlin bagaikan sudah lali menjadi mangsa buli.

Memiliki perwatakan lembut menjadi punca utama remaja itu dihina murid-murid lain, lebih teruk dia turut dipulaukan sehingga terpaksa bersendirian ketika berada di tahun terakhir persekolahan.

Ketika dihubungi, penuntut bidang kewangan berusia 21 tahun itu sempat menceritakan semula pengalaman perit tersebut yang dianggap sebagai detik hitam dalam hidupnya.

“Saya sejak kecil sudah ada sisi feminin, memang berperwatakan lembut. Dari zaman sekolah saya kena ejek. Ketika itu saya dibesarkan di Kelantan.

“Kes buli makin menjadi-jadi selepas saya berpindah ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Lumpur ketika tingkatan empat. Ia sekolah khusus untuk pelajar lelaki.

“Selama ini saya ramai kawan perempuan. Jadi ketika di sekolah itu, saya perlu keluar dari zon selesa. Tambahan pula saya mula tinggal di asrama.

Fariz berkongsi video di media sosial untuk membuka mata masyarakat mengenai gejala buli.

“Awal-awal OK saja, tapi lama kelamaan mereka mula buli mental saya. Ketika tingkatan lima, satu sekolah pulaukan saya sampai tak ada seorang pun nak kawan dengan saya,” dakwa pelajar itu.

Senang disapa Fariz, dia mengakui fokusnya untuk menghadapi SPM pada waktu itu sangat terganggu, malah apa jua tingkah lakunya akan menjadi modal untuk pembuli melakukan tindak tanduk biadab ke atas dirinya.

Kata Fariz, dia bagaimanapun tetap bertahan sehingga tamat SPM dan berpuas hati dengan pencapaiannya biarpun hanya meraih 5A dalam peperiksaan tersebut.

“Saya dibuli, dikutuk, dipandang hina. Sampai saya mengaji dalam surau pun dianggap hipokrit. Sampai satu tahap saya rasa tak boleh fokus belajar. Pada waktu itu, kakak saya bawa saya untuk kauseling dengan sebuah NGO (badan bukan kerajaan).

“Ada beberapa cikgu dekati untuk bantu saya. Tapi bukan setiap masa mereka ada dengan saya. Kes buli pula banyak berlaku ketika di asrama. Ada suatu ketika, masa perhimpunan sekolah, tiada seorang pun murid nak beratur di belakang saya, puncanya jijik sebab saya ni lembut.

“Saya tak buat apa-apa benda salah. Saya memang lahir macam ni. Ia membuatkan saya tertanya-tanya. Saya bersyukur tak dibuli secara fizikal. Tapi buli secara kata-kata turut memberi kesan kepada mental,” jelasnya lagi.

Kisah Fariz mendapat perhatian mStar selepas dia berkongsi video di platform TikTok.

Bercerita lanjut, Fariz berkata kehidupannya sedikit berubah selepas dia menyambung pengajian di peringkat Asasi di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) Shah Alam, Selangor pada tahun 2019.

Malah, Fariz yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah berasa lebih tenang daripada gangguan masa lalu, sekali gus membantu dia fokus terhadap akademik.

“Di universiti, ramai orang yang bersikap menerima. Saya jadi lebih senang nak belajar, banyak semangat positif di sini. Saya baru saja menamatkan semester kelima dan setiap semester saya dapat keputusan dekan.

“Saya rasa mungkin dulu fokus terganggu sebab orang tak berhenti cakap pasal saya. Sekarang pun masih ada sikit-sikit, tapi saya tak nak fokus kepada benda remeh itu.

Membesar di Kelantan, Fariz kini menetap di Selangor.

“Pengalaman lalu mematangkan saya. Dulu saya remaja yang sedang membesar, saya rasa helpless. Sekarang kalau ada yang cuba kutuk pun, saya ambil pendekatan tak kisah. Tak semestinya orang lembut akan berakhir di lorong-lorong gelap, ramai saja yang berjaya,” ujarnya yang menetap di Subang.

Kisah Fariz mendapat perhatian mStar selepas dia berkongsi bingkisan video mengenai pengalamannya menjadi mangsa buli menerusi platform TikTok.

Kata anak bongsu daripada tiga beradik itu, perkongsian tersebut bertujuan membuka mata masyarakat agar tidak memandang rendah kepada golongan lelaki lembut sebagaimana yang dilaluinya selama ini.

“Melalui video ini, saya juga nak cakap kepada mereka yang senasib dengan saya bahawa mereka tidak sendirian. Ramai lagi yang kena.

“Sudah tentu ada yang lebih teruk dibuli berbanding saya. Semua ada perjalanan masng-masing. Dunia dah masuk tahun 2022, jadi kenapa masih ada pemikiran kolot. Tak semestinya lembut tiada masa depan. Hentikanlah buli,” pesannya lagi.

Sumber : mStar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini