Mulianya H̷atimu, Pekerja Rest̷oran Ini Sanggup Tingg̷alkan Kerja Sebentar Untuk Suap Lelaki Kur̷ang Up̷aya

Restoran 24 jam sememangnya menjadi pilihan ramai dan ia sebenarnya telah wujud sejak dari tahun 70-an di Malaysia. Cuma ia mula popular pada sekitar tahun 2000. Dahulunya kedai makan jenis ini dibuka kerana ‘permintaan’ dari pekerja-pekerja shift malam ketika itu. Selaras dengan perubahan zaman, ia kini dapat menarik semua golongan untuk mengunjunginya.

Jika dahulu restoran jenis ini hanya ‘dibina’ di bandaraya besar namun sekarang ia boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Malah pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai keenakkan menu popularnya seperti roti canai, thosai, roti nan, roti tisu, mee goreng dan teh tarik. Hidangan sampingan lain juga turut disediakan seiiring dengan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Masuk sahaja ke restoran ini, mata pasti tertancap pada kemeriahan suasananya. Terutama pada musim perlawanan bola sepak, pastinya ia dipenuhi oleh golongan kaki bola yang setia bersama ‘sorakan semangat’ sambil menjamu selera.

Dua hari lalu tular satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran 24 jam di Skudai, Johor. Sekeping gambar telah dikongsi di dalam group Whatsapp tentang kemuliaan hati seorang pekerja restoran. Ianya kemudian telah di screenshot lalu dimuatnaik ke laman Twitter oleh Najib Fiqri. Ciapan tersebut kemudiannya tular dalam masa singkat dengan lebih 26,700 kali ulang kicau.

Gambar : Najb Fiqri

Manfaat Berbuat Baik Sesama Insan

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Secara ringkas, berdasarkan ayat ini memberi pengajaran bahawa Islam tidak membataskan umatnya untuk berbuat baik sesama mereka saja, bahkan menaungi semuanya tanpa mengira kaum, budaya dan agama termasuk makhluk seisi alam.

Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala sebagaimana diterangkan melalui beberapa nas berikut:

Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: “Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah) kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Dalam surah al-Maidah, ayat 13 firman-Nya bermaksud: “…oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

Surah Ali-Imran, ayat 134 yang bermaksud: “…dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Mari kita hayati satu kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah bin Amr bin al-As.

Mendengar nama ayahnya tentu kita menyedari bahawa beliau bukan calang-calang orangnya kerana semua mengetahui keutuhan iman dan takwa yang ada pada diri ayahnya, Amr bin al-As.

Meskipun Abdullah masih muda, benih iman dan semaian takwa di dalam jiwanya menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat taat kepada perintah agama.

Pada suatu hari dilaporkan Abdullah ada menyuruh ahli keluarganya supaya menyembelih seekor kambing. Permintaan Abdullah itu dituruti.

Selepas kambing itu disembelih dan dilapah, Abdullah bertanya kepada keluarganya: “Apakah kamu ada memberi sebahagian daging kambing ini kepada jiran kita yang beragama Yahudi itu?”

Ahli keluarganya terpinga-pinga dengan pertanyaan itu. Sebabnya mereka hanya memberikan daging kambing itu kepada jiran yang beragama Islam saja.

Mereka tentu berasa keliru, apakah perlu dan wajib juga memberikan daging sembelihan itu kepada jiran yang bukan Islam?

Lantas salah seorang ahli keluarganya menjawab: “Kami tidak memberikan kepadanya.”

Seketika kemudian, Abdullah menerangkan bahawa antara ajaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah sentiasa berlaku adil dan berbuat baik tanpa mengira agama.

Kata Abdullah: “Kamu berikanlah sebahagian kepada jiran Yahudi kita itu. Ini kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Jibril sentiasa berpesan kepadaku untuk menjaga hak jiran sehingga aku menyangka akan memberikan warisan kepadanya.”’ (Riwayat Abu Daud)

Apa yang dilakukan oleh Abdullah itu selari dengan firman Allah pada pembuka bicara tadi. Sikap mulia beliau juga memberikan kesedaran kepada kita kesedaran betapa Rasulullah SAW berjaya mentarbiahkan sahabat mengamalkan ajaran sebenar dalam Islam.

Berbeza dengan senario kita pada hari ini yang jelas sekali banyak ajaran Baginda semakin terhakis. Aspek berbuat baik sesama manusia tidak diutamakan apabila wujud sentimen tertentu.

Jadi, apa yang ditunjukkan Abdullah itu seharusnya kita contohi. Kita wajib mempamerkan peribadi mulia umat Nabi Muhammad SAW tanpa cuba bertindak dengan suatu amalan bertentangan semata-mata demi kepentingan lain.

Selaku ibu bapa, kita wajiblah menyemai sikap mulia kepada anak. Tekankan kepada mereka sikap prihatin, suka berbuat baik dan bersefahaman dengan ramai orang, bukannya suka bersengketa, mencari salah orang ataupun membuat onar dalam masyarakat.

Anak tidak wajar dibiarkan bertindak melampau sehingga menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.

Janganlah kerana kelalaian kita, mereka menjadi generasi yang kucar-kacir, cenderung kepada nilai hidup yang merosakkan, sekali gus jauh daripada sifat mulia diajarkan oleh Islam.

Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini