PeIik Tangk4p Ek0r Sendiri, GeIagat Kucing Ni Buat MaIu Geng ‘Oyen’

Tak kiralah disebabkan nakal atau cuai, gelagat kucing jarang sekali tak menghiburkan kita kan? Malah seperti yang diketahui ramai,

antara kucing yang paling banyak buat hal sekali adalah yang berwarna jingga ataupun popular dengan panggilan ‘Si Oyen’. Jika sebelum ini haiwan tersebut pernah jadi tumpuan kerana tersangkut di pagar rumah, kali ini sifat ingin tahu yang tinggi pula juga telah membawa padah terhadap seekor kucing peliharaan ini.

Ekor sendiri pun nak tangkap…tak pasal-pasal buat aksi flip & jatuh terlentang

Menerusi satu perkongsian video di Facebook, gelagat Oyen ini berjaya dirakamkan oleh tuannya ketika duduk berehat di rumah. Ia segera berpaling ke belakang apabila ternampak ekor sendiri lantas menahannya gunakan kaki sendiri.

Konon cuba mahu menghidu atau menggigit ‘tangkapan’ tersebut, kucing itu kemudiannya berhati-hati menundukkan kepalanya. Namun lebih melucukan lagi apabila ia tak semena-mena berpusing dan tergolek sendiri di hujung klip video berkenaan.

Video:

Setiap hari kalau tak buat perangai memang tak sah…bikin malu geng Oyen je

Sehingga kini, paparan video berdurasi 12 saat tersebut telah meraih lebih 2 ribu perkongsian di Facebook milik seorang wanita bernama Are Zue. Di samping terhibur melihat keletahnya, rata-rata netizen turut berseloroh tentang skil lucu yang dipamerkan oleh kucing tersebut.

sumber:kisahdunia Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini