PDRM Dan JPJ Taw̷ar Disk̷aun Sam̷an Sehingga 80% Sempena ‘100 Hari Aspir̷asi Keluarg̷a Malaysia’

Setiap akhir tahun, sebahagian jabatan dan agensi kerajaan akan memberikan diskaun saman kepada rakyat Malaysia tertakluk kepada jenis-jenis kesaIahan yang telah dilakukan.

Bermula 9-12 Disember ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan diskaun saman sehingga 80% bersempena sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’.

Sepanjang tempoh 4 hari tersebut, orang ramai boleh hadir ke kaunter pengurangan bayaran saman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan dibuka bermula dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada 9 Disember, hari Khamis sehingga hujung minggu ini.

Menerusi satu hantaran pihak JPJ di laman Facebook mereka, JPJ memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman yang boleh kompaun sahaja, kecuali kes mhkamah yang berstatus waran tngkap atau perbicaraan.

Selain itu, promosi pengurangan bayaran samaran ini turut boleh dibuat melalui kaunter, kiosk dan portal JPJ.

Manakala pihak PDRM pula turut memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Diskaun sehingga 70% diberikan bagi saman selain dari dua-dua lokasi yang yang telah dimaklumkan.

Penawaran pengurangan bayaran saman PDRM hanya sah di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada tarikh, masa dan lokasi acara sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’ berlangsung nanti.

Jadi kepada orang ramai jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyemak dan melangsaikan saman-saman anda pada kadar diskaun yang telah ditetapkan oleh setiap pihak jabatan dan agensi kerajaan.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber dipetik dari The V0cket, Facebook Keluarga Malaysia, PDRM, JPJ

Kredit: Mytv Viral