“Patutl̷ah Lam̷a Sepi,”- Kerana B̷apa S̷akit Mist̷eri, IG Fattah Anas 1.2 Jut̷a Foll̷owers Diju̷al Demi B̷ayar Hut̷ang

Sebut sahaja nama Fattah Anas, teringat telatahnya yang comel dah petah bercakap membuatkannya disenangi orang ramai di media sosial.

Anas atau nama sebenarnya Muhammad Fattah Anaz Mohamad Firdaus juga turut mempunyai lebih sejuta pengikut di laman Instagram.

Videonya yang tuIar pada tahun 2018 terdahulu membuatkan Si Cilik ini lebih dikenali. Pada ketika itu dia berusia dua tahun masuk ke dalam sangkar kucing, sebelum diusik bapanya.

Walau bagaimanapun, Fattah Anas mula menyepi daripada melakukan video telatahnya dan review produk sejak para pengikutnya digemparkan dengan bapanya menghidap pnyakit misteri akhir tahun lalu.

Mohamad Firdaus Mohamed yang juga merupakan bapa kepada Anas mengakui bahawa dia telah sembuh sepenuhnya daripada pnyakit itu pada Julai lalu, katanya kepada portal mStar.

“Syukur Alhamdulillah, bila mula-mula saya dah sihat, saya rasa macam ma ti hidup balik. Tak sangka Allah bagi saya segar semula sehingga saya blur kenapa rasa lain.

“Maklumlah berbulan-bulan saya mengalaminya sampai lupa apa yang dah jadi. Dah sihat ni saya bersyukur sangat nak teruskan kehidupan dan kuatkan iman dengan mendalami ilmu agama daripada mereka yang berpengalaman seperti ustaz,” katanya

Mengulas lanjut, bapa Anas yang berusia 28 tahun itu turut mendedahkan bahawa akaun Instagram anaknya, fattahanas_boyyeah yang mempunyai 1.2 juta pengikut itu telah dijual pada Jun lalu.

Hal ini demikian kerana dia hilang punca pendapatan menerusi bisnes dan reviu media sosial akibat mender!ta pnyakit misteri dan keputusannya ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sekeluarga.

“Saya jual IG (Instagram) tu bagi membayar hutang rumah, kereta dan motosikal yang tertunggak termasuk refund ke atas reviu-reviu yang terpaksa dibatalkan kerana saya sak!t.

“Selepas jual IG dan barang-barang dalam rumah, Alhamdulillah segala-galanya dapat diselesaikan secara perlahan-lahan,” katanya yang menjual IG tersebut pada harga ‘lima angka’.

Berdasarkan apa yang terjadi padanya, mereka sekeluarga yang kini masih menetap di Kuantan Pahang telah bernekad untuk berpindah.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu walau bagaimana pun memilih untuk redha dan menganggap ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

“Saya percaya rezeki Allah. Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai yang mengikuti saya dan Fattah Anas.

“Nak lepaskannya ada hikmah. InsyaAllah ada rezeki nanti, dulu pun kami dikurniakan rezeki. Saya percaya takdir Allah.

“Jadi, tak berat untuk saya melepaskan IG tersebut. Saya terus fikir dan buat keputusan yang terbaik dengan menggunakan jalan terakhir yang dapat membantu,” katanya.

Bagi meneruskan kehidupan, Firdaus memulakan bisnes percetakan baju secara kecil-kecilan dari rumah sejak kira-kira seminggu lalu.

Mempunyai dua akaun baharu iaitu @fattahanas_family dan @fattahanas_family2 yang dikendalikan bersama isterinya, dia juga bangkit dan mula aktif di media sosial serta turut berk0ngsi mengenai aktiviti dan telatah anak-anaknya.

“Bila fikir balik sekarang zaman online. Nak tak nak, saya perlu kembali aktif di laman sosial. Tapi perlahan-lahan, masih baru lagi.

“Anas yang dulu terkena tempias dengan mengalami pnyakit kulit dan emosi yang tidak stabil kembali sihat dan ceria. Alhamdulillah, Anas belajar mengeja, membaca dan mula menghafaz surah-surah al-Quran,” tambahnya.

“Saya nak buka buku baru. Semoga keadaan bertambah baik dan saya minta doa semua supaya kami dalam keadaan yang sentiasa dilindungi Allah,” katanya.

Semoga mereka sekeluarga dimurahkan rezeki selalu.

Sumber Asal: Yoy Network, Instagram Fattahanas_Family

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini