Paru2 Hitam Aklbat Pengumpulan Sisa Temb4kau Selama 30 Tahun

Paru-paru Hitam Akibat Pengumpulan Sisa Tembakau Selama 30 Tahun. Aktiviti atautabiat merokok memang sudah diketahui ramai merupakan satu aktiviti yang tidak sihat bukan sajaha kepada tuan punya banda tetapi juga kepada orang disekeliling mereka.

Meskipun sudah banyak amaran atau nasihat yang diberikan dan didedahkan, namun boleh dikatakan ianya seolah-olah tidak berkesan kepada masyarakat kita.

Satu rakaman video tular memaparkan paru-paru milik seorang perokok tegar cukup menggerunkan apabila ia berwarna hitam pekat akibat pengumpulan sisa tembakau selama 30 tahun.

Memetik laporan Daily Mail, paru-paru itu dimiliki lelaki berusia 52 tahun di Iangsu China. Video durasi 20 saat itu telah ditonton lebih 25 juta warganet.

Difahamkan, pasukan perubatan diketuai oleh pakar bedah transplan paru-paru di Hospital Rakyat Wuxi, Dr Chen Jingyu mengeIuarkan organ milik si maTl yang berhajat untuk mendermakan organnya.

Namun mereka terkejut apabila melihat paru-paru milik pesakit yang meninggaI dunia akibat maTl otak berwarna hitam pekat berbeza dengan paru-paru manusia sihat iaitu berwarna merah jambu.

Pasukan perubatan juga kecewa kerana organ itu tidak dapat didermakan kepada pesakit dalam senarai menunggu.

Diharapkan kepada anda semua yang merokok, cuba usahakan untuk berhenti dan buatlah aktiviti lain yang lebih sihat. Kepada anda yang tidak merokok, tahniah kami ucapkan dan tolong jangan sesekali gatal tangan nak cuba merokok di masa akan datang.

Sumber: Daily Mail Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini