Paras Air Meningkat Semula Di Shah Alam, Ramai Luah Rasa Bimbang-“T4k b0leh tidur deng4r hujan”..

Ekoran hujan lebat yang bermula awal pagi tadi, Media Selangor melaporkan berlaku peningkatan paras air di Sungai Damansara sehingga melalui beberapa kawasan di Shah Alam pagi ini.

Menurut Facebook media rasmi Selangor ini, antara kawasan yang membimbangkan adalah TTDI Jaya, kawasan berhampiran Stadium Shah Alam di Seksyen 13 dan laluan di Plaza Tol Bukit Jelutong.

Ekoran ini, orang ramai dinasihati untuk mencari jalan alternatif bagi mengelakkan dari terperangkap di laluan yang dinaiki air.

Bagaimanapun Kosmo melaporkan, laluan Plaza Tol Shah Alam berhampiran Bukit Jelutong yang banjir pagi tadi telah pun dibuka semula dan trafik dikatakan terkawal sekitar jam 10.44 pagi tadi.

“Risau tak boleh tidur”
Macam yang korang tahu, hujung minggu lalu negara kita telah dilanda banjir besar dan mencatatkan korban seramai 34 orang setakat ini.

23 dari angka kematian ini dilaporkan di Selangor manakala selebihnya di Pahang. Disebabkan ini, ramai netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan paras air yang naik semula pagi tadi di Shah Alam.

Allahu, memang risau kalau banjir balik. Harap korang semua hati-hati ya…

Video Klik Disini

Sumber: Kosmo

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini