Terpaksa Panjat Pagar Demi Barang Pelanggan Selamat, Video Seorang Kurier Ini Buat Ramai Sebak

Kini, dengan adanya pelbagai aplikasi penghantaran barang, urusan jual beli menjadi lebih mudah buat yang menghantar dan juga yang menerima. Namun, bagi penghantar barang atau rider lain pula ceritanya. Seorang rider terpaksa memanjat pagar rumah pelanggannya bagi memastikan bungkusan yang dihantar tidak hilang.

30 minit kena ‘sidai’ dalam hujan

Menerusi perkongsian video pengguna amriofficiall di laman TikTok, seorang rider dilihat terpaksa memanjat pagar rumah penerima barang bagi mengelakkan bungkusan yang dihantar hilang sekiranya dibiarkan di atas tembok. Menurut pemilik video, pekerja servis penghantaran tersebut telah menunggu hampir 30 minit dan berkali-kali membunyikan hon.

Setelah lama menunggu, lelaki itu meletakkan bungkusan yang dibawa di atas tembok pagar sebelum memanjat memasuki kawasan rumah bagi meletakkan barang tersebut di tempat yang lebih selamat. Kesudahannya, pemilik rakaman memaklumkan bahawa tuan rumah berada di dalam rumah sepanjang masa kejadian, namun tidak menyedari kehadirannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.1 juta kali tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan rider berkenaan dan ada yang menasihatkan orang ramai agar lebih peka sekiranya barangan yang dibeli secara dalam talian telah siap untuk dihantar ke rumah.

Bagi Pendapat Admin la.. Kita Kena Stanby Jika Barang Kita Dalam Perjalan Untuk Di hantar Bukan Apa.Kan Boleh Cek Dekat No Tracking Tu..Kadang2 Kita Tak Tahu Penghantar Tu Dah Pegi Berapa Ratus Buah Rumah Sebelum Rumah Kita.. Ingat Jika Kita Mudahkan Kerja Orang. Allah Pasti Mudahkan Kerja Kita..Akhir Sekali Jdilah Pelanggan Yang Bijak.

Komen Netizen:

Sumber: Tiktok

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini