P̷ILU, Warg̷a em̷as ditemuk̷an mningg̷al dunia di tepi basik̷al

Sungai Petani: Lelaki warga emas ditemukan sudah tidak bernyawa di sebelah basikalnya di hadapan rumah kedai di Jalan Padang Temusu dekat sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 73 tahun ditemui dalam keadaan terduduk oleh penduduk pada 8.45 pagi dan kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, hasil maklumat daripada anak saudaranya dikatakan mangsa tinggal seorang diri di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.

Menurutnya, anak saudaranya juga memberitahu bahawa mangsa yang masih bujang dan bekerja sendiri selain mendapat bantuan orang ramai di sekitar kawasan terbabit.

“Siasatan kita juga mendapati mangsa adalah penagih dadah tegar dan lokasi penemuan mayat itu sudah disanitasi untuk mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.

“Pemeriksaan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Anuar berkata, mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematiannya. – HMetro

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini