Netizen Bengang Kes Intai & R4kam W4nita M4ndi Di PPS,-“Dalam Tengah Bala Pun Tak Sedar Lagi!”..

Portal Info Bencana Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berkongsikan statistik mangsa banjir yang direkodkan setakat ini meningkat daripada 24, 533 orang kepada 24, 647 orang mangsa.

Rekod tersebut difahamkan meningkat susulan jumlah mangsa banjir di beberapa kawasan berisiko. Justeru, sebanyak 134 buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah pun dibuka di seluruh kawasan negeri Selangor.

Namun begitu, satu berita kurang enak telah pun tersebar baru-baru ini sehingga mengundang kemarahan para netizen di kala masing-masing sedang sibuk dengan isu bencana banjir yang berlaku.
Sebuah rakaman berdurasi 37 saat yang memperdengar satu pengumuman tentang kes intai & rakam wanita mandi di PPS telah pun tular di laman Facebook kelmarin.

Video rakaman itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun Saudagar Kayangan. Kejadian dipercayai berlaku di PPS USJ 23, Subang Jaya dan dikatakan suspek telah merakam video wanita mandi itu menggunakan telefon pintar.

Video Klik Disini

Rakaman yang mendapat sebanyak 42 ribu tontonan itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen. Ramai yang tidak menyangka ada juga manusia yang sanggup mengambil kesempatan ketika orang lain sedang sibuk risau hadapi bencana ini.

Sumber: Facebook

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini