“Naik Turun Mahkamáh SebeIum Ni, 10 Sen Pun Orang Tak Ada ToIong” – Luahan Soffi Jikan

Sebut sahaja tagline ‘Kasi seng4tttt..” pasti ramai akan teringatkan pelakon berbakat besar ini, Mohamad Shoffi bin Jikan atau dikenali dengan nama Soffi Jikan.

Meskipun sering membawakan watak sampingan, namun setiap watak atau lakonan yang dibawa oleh anak kelahiran Kuala Terengganu ini pasti akan memberi kesan dan diingati oleh peminat.

Namun sudah agak lama kita tidak mendengar khabar Soffi Jikan yang terkenal dalam filem KL G4ngster ini.

BUAT MACAM-MACAM KERJA

Bagaimana Soffi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh PKP?

” Saat-saat sµlit, orang macam saya sentiasa bersedia. Awak pun mesti terfikir, apa sumber pendapatan saya sedangkan sudah berhenti berlakon.

” Bermakna, saya ada banyak kerja. Macam-macam kerja saya buat, apa pun. Daripada jual rumah, jual produk, reviu barang, buat iklan. Saya sudah ada sasaran.

” Alhamdulillah, kebetulan awak hubungi ini pun saya baru sahaja melancarkan produk baru, iaitu minyak pelincir kenderaan di bawa jenama S.0.P Super Oil Power.

Setengah orang kata, berniaga jalan terbaik. Tapi macam Soffi, orang akan fikir betul-betul sudah mahu berhenti berlakon sebab itulah buat kerja lain.

” Sebelum berlakon pun, saya sudah berniaga. Sejak kecil lagi, Kuala Lumpur ini pun saya yang bangunkan. Bukan nak cakap besar.

” Dulu, saya pernah buat kerja pembekalan kayu satu ibu kota ini. Banyak kawasan setingg4n yang saya rob0hkan untuk buat pembangunan.

” Pasar malam dan berniaga di kaki lima pun saya pernah buat.

” Pendek kata apa sahaja. Saya sanggup berhenti sebab benda macam inilah. Tak nak bergantµng kepada satu mata pencarian yang tak boleh diharap.

” Betul, berlakon pun ada gaji. Tapi saya punya perjµangan nak royaIti yang sama rata. Bukan untuk saya saja tapi semua.

TAK PERNAH DIANGKAT

Merajµk benar dengarnya Soffi terhadap industri kita. Tak akanlah tak ada sekelumit perasaan nak berlakon semula?

” Selagi mereka tidak berubah. Saya pun ada pengalaman dan pendedahan, jadi tak akanlah saya tak nak jalan?

” Tak akan nak tumpu satu pendapatan saja. Kalau apa-apa berlaku? Satu kisah, saya ada dapat tawaran hasilkan filem berjudul Jodoh Sy4itan terbitan sebuah produksi Cina.

” Saya buat seorang diri dalam perasaan kononnya nak kembali semula dan masa itu sebelum C0V1D. Sempat ditayangkan selama enam hari pada awal p4ndemik berlaku. Hari ketujuh kena b4nned.

” Tapi, dalam masa enam hari itu kami berjaya raih kutipan RM1.5 juta tahu!

” Masa itu, filem Vin DieseI berjudul Bloodsh0t pun cuma mampu kutip sebanyak RM300,000 saja. Itu semua rekod. Pula itu, masa C0VlD-I9 tahu!

” Tapi orang tak pernah angkat saya. Netizen kita pun m4ki-ma4ki saya, tak hairanlah. Mereka ini tak pandai nak hargai orang. Tak apalah, saya anggap tak ada rezeki.

NAIK TURUN M4HKAMAH, 10 SEN PUN ORANG TAK ADA TOLONG

Maaf bertanya, betulkah semasa PKP juga Soffi dikhabarkan s4kit dan dikatakan terkena s1hir. Sejauh mana kebenarannya dan apa sebenarnya berlaku?

” Ada kawan-kawan yang pandai tengok dan katakan saya terkena s1hir. Saya pun mana tahu apa-apa. Bila dia tengok, dia kata saya terkena s1hir. Mungkin tidaklah seriµs.

” Tak apalah saya pun tak nak cerita panjang. Cukup orang tahu, sekarang saya sihat dan Alhamdulillah. Kita tenang-tenang saja, nak takµt apa, kita solat punya orang. Yakin dengan Dia sahaja.

” Polisi saya dengan sesiapa sahaja mudah, saya buat tanggungjawab sendiri dan orang lain tak campur. Sekarang pun saya malas nak tegur kalau orang buat salah.

” Dulu, kalau awak tahu, semua masalah pun saya cuba nak selesaikan.

” Bila kita sendiri ada masalah, orang tak peduli. Tak meraµng atau minta tolong pun. Sehingga sekarang apa saja, saya hadapi sendiri.

” Naik turun m4hkamah sebelum ini pun, 10 sen pun orang tak ada tolong. Tak ada hal, saya jalan sendiri.

Soal s1hir dan ilmu hit4m, tak akanlah tak seriµs Soffi?

” Saya tak tahu siapa. Malas nak panjangkan cerita. Saya ini jenis malas nak fikir masalah lain sebab sendiri pun sudah ada masalah yang perlu saya atasi.

” Tak mahulah yang negatif. Sibuk dengan kerja. Kena beringat, ini zaman per4ng. Kita jaga diri sendirilah. Jangan duduk depan arus ikut orang, nanti datang air bah, kita pun hanyµt.

” Kepercayaan pada orang sekeliling macam mana pula? Sebab iyalah, Soffi susah pun tiada orang tolong sebelum ini?

” Tak apa. Saya lalui macam-macam. Zaman susah, zaman geIap. Makan minum tak ada. Minum air masak saja pernah, makan nasi lemak saja pun pernah.

” Pagi, tengah hari, malam, makan nasi lemak sebungkus saja sampai mvntah. Sebulan makan itu sahaja, mvntah! Saya tahu diri bukan anak senang. Dari kecil sampai sekarang, Tuhan itu tak bagi saya senang sangatlah, santai sahaja.” akhiri Soffi.

LATAR BELAKANG SOFFI JIKAN

Mohamad Shoffi Jikan (lahir 13 November 1970) ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia.

Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi tarµhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.

Soffi memulakan kerjaya lakonannya pada 2003 menerusi filem Paloh arahan Adman Salleh sebagai askar Jepµn. Beliau juga membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

Bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock. Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.

Sumber Utusan via Nasihat Ustaz

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini