“Semog̷a Ada Rez̷eki Nanti…” – N̷etizen Simp̷ati, Wanita Letak B̷antal Di P̷erut Seb̷ab Nak Rasa Jadi H̷amil

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahukan cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga mereka. Kehadiran anak dalam bahtera perkahwinan bukan sahaja membawa lebih banyak rezeki, malah menjadikan pasangan suami isteri lebih rapat dalam bekerjasama membesarkan zuriat mereka.

Namun, bukan semua pasangan berpeluang menimang cahaya mata pada tahun-tahun awal perkahwinan mereka. Ada yang perlu menunggu beberapa tahun selepas berkahwin sebelum dikurniakan anak pertama. Ada juga yang dah cuba pelbagai jenis ikhtiar mendapatkan anak, namun sayangnya, masih belum ada rezeki.

Menerusi akaun Tiktok AnggunAp, kita dapat lihat wanita dalam video tersebut memasukkan bantal di bahagian perut, dengan tujuan untuk merasai bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu yang sedang hamil.

Difahamkan wanita tersebut telah berusaha untuk mendapatkan anak selama 8 tahun, namun masih belum ada rezeki buatnya setakat ini. Video berdurasi 15 saat itu memaparkan wanita itu bersedih dengan nasibnya.

Kadang sengaja masukkan bantal ke perut agar dapat rasakan bagaimana perut wanita hamil. Ya Allah 8 tahun menunggu. Kenapa aku begitu sukar.”

Melalui klip Tiktok tersebut, rata-rata komen dari netizen memberikan kata-kata positif kepada wanita tersebut untuk tidak berputus asa dan teruskan mencuba. Ada juga yang menceritakan pengalaman mereka sendiri, bertujuan untuk menyalurkan semangat.

Haih, kesian juga bila dengar cerita macam ni, kan? Semoga wanita itu terus tabah dan tidak berhenti mencuba.

Video Klik Disini

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini