Mulianya H̷atimu Adik, An̷ak Pimpin Tangan lbu Bµta Keluar Bank Buat Ramai Terh̷aru

Di kala orang lain yang seusia dengannya masih bergantung harap dengan kedua ibu bapa, namun berbeza pula dengan kanak-kanak perempuan ini yang telah menunjukkan sikap matangnya dengan memimpin tangan si ibu yang mengalami masalah penglihatan.

Anak pimpin tangan ibu

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikT0k yang dikenali dengan nama Hezry Hashim memaparkan seorang wanita yang mengalami masalah penglihatan bersama anak perempuannya berada di bank untuk menyelesaikan beberapa urusan. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang memimpin dan memegang erat tangan si ibu untuk keluar dari premis berkenaan. Meskipun usianya masih kecil tetapi kanak-kanak ini sudah menunjukkan sikap yang matang dan bertanggungjawab membantu si ibu.

Video tersebut telah mendapat hampir 300k tontonan. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui terharu dan bangga melihat aksi kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini seorang yang bertanggungjawab kerana sudi membantu si ibu meskipun usianya masih kecil. Mereka turut mendoakan agar kedua beranak ini dipermudahkan segala urusan.

Respon netizen

Kredit Hezry Hashim

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini