Mula Jual Jam Dari Bawah Pokok – lni Kisah Pengasas Jam Fateh, Jenama Mewah & Unggul Di Malaysia

Bermula dengan berniaga di bawah pokok sehingga pernah dibasahi hujan dan khemah diterbangkan oleh ribut, kini Fateh Watches menjadi jenama jam tangan mewah yang terunggul di Malaysia.

Fateh Watches adalah syarikat pertama mengeluarkan rekaan jam tangan unik atau jam tawaf yang mempunyai 2 waktu itu, apabila menunjukkan arah biasa jam dan arah lawan jam.

Berkongsi pengalaman menubuhkan empayar perniagaan, pengasas Fateh Watches, Haji Zainal M0hd Ali berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa pr0duk yang dihasilkan itu akan melalui fasa ‘gelap’ sebelum mampu kukuh di pasaran sehingga sekarang.

“Dengan pengalaman yang ada saya tidak berhadapan dengan masalah reka bentuk, teknik, pembuatan dan sebagainya sehinggalah jam tangan berjaya dihasilkan.

Pun begitu, selepas mendirikan bisnes, barulah dia mengetahui tentang seIok-beIok perniagaan yang sentiasa ada turun dan naik.

“Pada awalnya, saya ingat senang saja nak jual pr0duk ni… hanya letak dalam Faceb00k dan orang akan beli. Tapi sepanjang temp0h itu, tak ada pembeli,” ujarnya yang turut mengakui rasa kece.wa.

Namun, disebabkan jam tangan sudah dihasilkan, dia mencari inisiatif tersendiri untuk memasarkannya.

Tambahan pula beliau turut mendapat d0rongan daripada isteri tercinta.

Jual Ke Pusat Servis Kenderaan, Pasar Tani

“Barang sudah ada, jadi suatu hari isteri suruh pergi jual di mana-mana sahaja dan bermula daripada situ saya bergerak ke kedai termasuk pusat servis Pr0ton dan Honda.

“Dalam 10 pusingan, kira-kira 2 jam tangan terjual. Pada masa tu, jam yang dijual berharga sekitar RM500 sahaja.

“Kemudian saya cuba berniaga di Pasar Tani Stadium Shah Alam di Selangor… ada orang cakap tak boleh jual jam, tapi saya cakap rezeki Allah yang tentukan,” ujarnya yang turut menyertai pr0gram atau majlis yang dianjurkan sesetengah pihak.

Meskipun berasa su.kar, usaha beliau tidak terhenti begitu saja.

Zainal kemudiannya cuba berniaga di surau dan memulakan jualan selepas waktu Z0hor.

“Di surau ramai 0rang beli. Saya letak sebelum sembahyang Z0hor dan selepas s0lat akan ada orang beli… macam di Shah Alam, yang banyak beli adalah mereka yang berkhidmat sebagai jurutera, pr0fesor, Datuk mahupun bergelar yang Tan Sri.

“Apabila saya terangkan tentang pembuatan jam, barulah mereka percaya dan di bawah pokok juga saya berjaya tandatangan k0ntrak bagi menghasilkan kira-kira 200 utas jam,” jelasnya yang terus bangkit membina empayar Fateh Watches.

Pengalaman Beliau

Menceritakan tentang kerjaya yang diceburi sejak tahun 1974, ujar Zainal, pada awalnya dia berkhidmat di sebuah kilang kejuruteraan di Shah Alam.

“Tiba-tiba saya ditawarkan untuk mengikuti latihan di Switzerland (Geneva) tapi pada masa tu tak tahu latihan berkaitan apa.

“Setibanya di sana, rupanya berkaitan pembuatan jam tangan mewah Patek Philippe… kebetulan saya memang minat dengan jam, jadi rasa sangat bertuah.

“Tambahan pula tiada orang Malaysia yang berpeluang belajar buat jam. Selepas 2 tahun training, mereka buat kilang di Sungai Merab… daripada kosong sehingga ambil staf untuk dilatih dalam tempoh 6 bulan tentang bagaimana nak buat jam,” katanya yang berkhidmat kira-kira 30 tahun sebelum kilang tersebut ditutup disebab isu dalaman shareh0lder.

Menurutnya yang kini berusia 70 tahun, selepas penutupan kilang, dia kemudiannya didatangi seorang individu dari Taiwan.

Ujar beliau, dia diminta untuk berada di negara tersebut selama 3 minggu bagi mengetahui tentang k0nsultasi berkaitan.

“Mula-mula 3 minggu, kemudian dia pujuk saya dan pergi sekali lagi ke sana selama 6 bulan. Selepas itu dia maklumkan ada kilang di China.

“Bermula dari situlah saya berkhidmat selama 13 tahun dan sepanjang tempoh itu saya bergerak dari Taiwan, China dan Hong Kong… dari 2003 hingga 2016,” kongsinya yang mengambil keputusan bersara pada usia 63 tahun.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang itu sebelum bersara, beliau bukan sahaja berperanan sebagai pembuat jam, pengurus pengeluaran dan pengurus kualiti, malah berpeluang membuat rekaan untuk pelbagai jenama mewah, antaranya Tag Heuer, Tissot serta Fossil.

Tiada KWSP, Laburkan Simpanan Bina Perniagaan

Zainal berkata, disebabkan tidak berkhidmat sebagai penjawat awam, dia tidak mempunyai simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebaliknya hanya mempunyai duit sumbangan persaraan.

Katanya, duit simpanan akan habis jika tidak dilaburkan dengan sebaiknya.

Justeru dia memilih untuk membina perniagaan berasaskan jam tangan sekali gus menggunakan kemahiran yang dimiliki selama puluhan tahun.

“Saya ada rancangan lepas bersara, jadi apa yang saya belajar dan buat… saya nak berbakti balik pada Malaysia dan tubuhkan satu syarikat.

“Pada masa tu, saya tanya anak-anak untuk guna nama yang sedap dan ada sejarah dan mereka cadangkan nama Fateh,” tambahnya yang berkongsi kisah inspirasi di YouTube APHHD Story.

“Pada 2017, saya menubuhkan Fateh Watches dan ketika itu saya menghasilkan rekaan jam tangan dinamakan Discovery untuk memudahkan umat Islam yang mengerjakan haji atau umrah mengetahui waktu sebenar di Malaysia dan Makkah,” katanya.

Menurutnya, lebih membanggakan apabila jam tangan dihasilkan Fateh Watches turut dibeli dan digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Mengulas mengenai keperluan untuk memiliki pelapis kerjaya itu, Zainal mengatakan bidang berkenaan sememangnya memerlukan pembabitan orang muda untuk menampilkan idea rekaan lebih terkini dan unik, selain mampu menempatkan Malaysia sebagai antara pengeluar jam tangan berkualiti dunia.

Serah Perniagaan Kepada Anak

Kini, Zainal bertindak sebagai penasihat syarikat selepas anaknya, Muhammad Fitry, 27, mengambil alih pengurusan dan aspek rekaan produk.

Dalam pada itu, Zainal berharap usaha penubuhan jam tangan tersebut berkekalan dan lebih ramai masyarakat mengenali jenama Fateh.

Sementara itu, Muhammad Fitry ketika membuat keputusannya untuk mewarisi perniagaan berkenaan berkata, semuanya disebabkan pendedahan diterima sejak kecil mengenai bidang itu, sehingga akhirnya membuatkan beliau jatuh cinta dan memilih untuk terbabit secara serius.

Jelasnya, walaupun menggenggam Ijazah Sarjana Muda Seni dan Rekaan (Dengan Kepujian) (Rekaan Industrial) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah berkerja sebagai pereka di sebuah organisasi, beliau tidak kesal meletakkan jawatan itu demi berbakti serta memenuhi harapan bapa untuk melihat legasi perniagaan keluarga diperkukuhkan.

Semoga jenama anak tempatan ini terus maju dan jaya, membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat rakyat di negara ini.

Sumber mStar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini