Usahawan Muda lni Bijak Tarik Peminat Raja Buah, HasiIkan Kµdapan Durian Crepe Dengan Lapisan Isi Durian Premium

Musim durian yang sedang rancak ketika ini membuatkan ramai peminat raja buah begitu terµja.

Bukan sahaja durian kampung, malahan pelbagai jenis durian lain seperti udang merah, musang king, D24, pelangi, tembaga dan banyak lagi boleh didapati dengan mudah.

Kini, pembelian juga boleh dilakukan secara online. Mengambil peluang lambakan buah kegemaran penduduk Malaysia itu, pengasas House of Durian Crepe, Maisarah Mohd Kamil yang mengusahakan bisnes durian crepe menampilkan kelainan berbanding daripada kebiasaan.

Usahawanita yang berusia 32 tahun berkata, beliau menghasilkan pencuci mulut istimewanya dengan membubuh isi durian yang padat, di samping lapisan kulit yang lebih nipis.

Pendekatan Maisarah itu memang berbeza dengan kebanyakan pengusaha lain. Pendek kata, beliau tidak kisah untuk melabur dalam menghasilkan kµdapan yang berkualiti demi memuaskan hati para pelanggan tetapnya.

Berbicara lanjut mengenai keunikan produk lokal buatannya, anak jati Kampung Gajah, Perak itu berkata, beliau sentiasa berusaha mencari resipi yang lebih baik untuk para pelanggan Heero Durian Crepe.

“Saya juga akan memastikan adµnan krim yang dibuat tidak muak dimakan apabila digandingkan dengan puri durian D24 yang selalu saya gunakan.

“Formula itu akan menjadikan durian crepe sentuhan saya memiliki rasa yang premium, ditambah dengan lapisan crepe yang nipis,” katanya yang juga merupakan penggemar tegar raja buah tersebut.

Maisarah juga berkata, dirinya bertuah kerana kampungnya di Perak yang merupakan salah satu pengeluar buah tersebut telah membuatkan beliau mudah mendapatkan bekalan.

Beritahu wanita itu lagi, sebelum ini beliau merupakan ejen menjual durian crepe dan pengalaman berkenaan telah digunakannya untuk mengembangkan lagi bisnesnya yang dimulakan pada tahun lalu.

“Sebenarnya sejak empat tahun lalu iaitu sebelum Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) lagi, durian crepe sangat digemari ramai.

“Saya sendiri tak sangka, saya mampu membekalkan kepada 20 tapak bazar pada tahun ini,” ujarnya yang memiliki dua cawangan di Kuala Lumpur dan Perak dan turut merancang untuk menambah cawangannya tidak lama lagi.

Selain durian crepe, Heero Durian Crepe turut menjual durian mille crepe (bentuknya seperti kek lapis) dengan dua saiz berbeza iaitu kecil dan besar.

Berdasarkan trend terkini, Maisarah berkata, kebanyakan para pelanggannya menggemari durian mille crepe untuk menggantikan untuk sambutan hari jadi atau hidangan istimewa untuk ahli keluarga.

Kalau menjengah ke laman Instagram dan Faceb00k, durian crepe dijual oleh pelbagai pengusaha wanita mahupun lelaki yang mahir membuatnya.

Selain Heero Durian Crepe yang popular di platform media sosial, terdapat beberapa lagi usahawan yang menjual pencuci mulut itu.

Sumber SP

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini