Motor Dicµri, Lelaki 0KU Ini Tak Mampµ Bayar Yuran Tadika PASTI Anak RM1000 – Allah Ganti RM70,000 Cash

Kesungguhan ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Shiau Yoon membantu seorang lelaki, Mohamad Muadz Jaafar selepas bersimp4ti dengan nasib lelaki terbabit kehilangan motosikal, dirinya tampil membantu dengan membelikan sebuah motosikal untuk kegunaan terbabit.

Wang pembelian motosikal itu adalah dari gajinya sebagai ahli Parlimen Tebrau dan tidak boleh menggunakan peruntukan kawasan kerana kes Muadz berada di luar kawasannya.

Sebaik berkongsi kisah berkenaan dan menulis bahawa lelaki berkenaan mahu mengumpul wang untuk menjalani pembed4han kakinya yang seakan tempang, tidak sampai 24, hampir RM70,000 berjaya dikumpulkan hasil sµmbangan rakyat Malaysia untuk membantunya.

Jelas, tanpa mengira agama atau bangsa, inilah keunikan rakyat Malaysia yang akan sentiasa bersedia membantu orang lain di saat kesµsahan.

Dalam masa kurang daripada 24 jam, Muadz telah berjaya kumpul hampir RM70,000 untuk operati0n kakinya. Yang bagi sumbangngan ada orang Cina, India, Melayu rakyat Malaysia yang merdeka!

Hari Malaysia Stres Motor Dicuri, Tak Mampu Bayar Yuran Tadika PASTI Anak RM1000. Allah Ganti RM70,000 Cashini, saya nak kasi tau brader Muadz dan semua kawan-kawan, jangan pernah berputus harapan walau betapa sµkar hidup kita. Kita ada kita, kita jaga kita.

Kita berbeza agama, kita berbeza kaum. Negeri pun lain-lain. Tapi kita sama-sama bergelar “ayah”. Kita sama-sama orang Malaysia.

Kerana kamu semua, Muadz bakal berjalan tegak semula. Kamu semua hero saya! I salute you. I love you. I love Malaysia.

Ini dikongsikannya semalam hingga viral.

Hari ini saya di KL untuk bersarapan dengan Lawrence Wong , Timbalan Perdana Menteri Singapura. Ketika itu ada orang tag nama saya kat posting sedih seorang brader rider Lalamove Malaysia yang kehil4ngan motosikal.

Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni . Namanya Muadz, dia 0KU dan motor yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena cµri semalam. Berat sungguh ujiannya.

Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to l0se. Kami jumpa terus kat kedai motor dekat rumahnya.

Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accid3nt, kaki kanannya kini bengk0k terµk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat. Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan.

Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertµnggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak pot0ng bekalan.

Yuran bulanan tadika PASTI Malaysia anak berumur 6 tahun pun RM1000 tak bayar sejak Mei tahun ini. Pihak PASTI dah hantar surat amaran bahawa anak akan ditahan dari segala aktiviti sekolah dan tak layak terima sijil berhenti

Dia kata dia str3ss hari-hari pikiaq pasal hµtang macam-macam bil. Tiba-tiba semalam motonya hilang dicuri orang. Jem terus tak tau nak buat apa.

Saya bagitau dia, hidup ini jangan putµs harapan. Setiap ujian ada hikmahnya.

Hari ini Muadz akan dapat sebiji motor baru. Ini bukan mimpi, ini bukan scam. Kita dah takdir untuk berjumpa. Ada kawan FB tag saya kat posting Muadz. Sebagai seorang ayah saya faham hati Muadz yang berusaha sungguh-sungguh demi menjaga anak-anak. Saya benar-benar merasa kesedihan hati seorang ayah yang hilang upaya mencari nafkah untuk keluarganya. Dia sampai tak makan pun akan pastikan anak-anak dapat makan.

Moto EX5 usang lebih 10 tahun hilang, kini kita ganti balik dan upgrade kepada Honda Wave 125i. Geran letak nama Muadz terus.

Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga motor ini baik-baik.

Bil-bil api tertunggak RM1000 saya juga settlekan. kalau tidak dalam bulan ini elektrik akan dipot0ng.

Rakan saya Saudari Nurul Izzah Anwar call saya kata nak sµmbang RM1000 untuk langsai hµtang yuran tadika PASTI anak Muadz.

Muadz, ada hikmah di sebalik ujian. Tuhan gantikan yang lama dengan yang baru dan yang lebih baik. Kita sama-sama terus berusaha.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini