Mizz Nina & Diana Amir Rela K0rbankan Dunia GIamour Demi Lakukan Kerja AmaI

Mempunyai kredibiliti dalam bidang seni. Jika di awal kemunculan, Mizz Nina terkenal sebagai penyanyi lagu R and B dan ‘dance pop versatiIe’ manakala Diana Amir pula merupakan heroin fiIem dan drama yang punya identiti tersendiri. Namun, hidayah itu milik Allah, hamba yang terpilih akan memilikinya.

Kini, kedua-dua wanita ini melalui penghijrahan dan perubahan dalam kehidupan. Bukan sekadar berubah dengan penampilan berhijab dan berpakaian l0nggar menutup aυrat, malah, dua selebriti cantik manis ini kini lebih dikenali dengan kerja-kerja amal yang mereka lakukan.

Sememangnya dikagumi ramai wanita. Selepas sahaja melakukan perubahan besar dalam hidup pada tahun 2013, dia tidak berhasrat untuk kembali kepada bidang muzik. Malah wanita penuh elegen ini lebih cenderung berkongsi luahan perasaan menerusi penulisan di laman sosiaI, merancang untuk menerbitkan buku dan aktif dengan kerja amal.

“Saya sangat bersyukur kerana menerima hidayah Allah pada usia 33 tahun. Pada saya keputusan yang paling sukar dilakukan dalam hidup adalah mengenakan hijab. Selepas menunaikan fardu haji saya terus istiqamah untuk mengenakan tudung. Jika sebelum itu saya memang sυsah nak pakai tudung.

“Permulaan nak berhijrah saya tak peduli apa cakap orang. Saya buat semuanya dengan ikhlas. Malah untuk terus teguh dengan keputυsan ini saya kena kuat semangat. Bantuan suami juga sangat penting. Saya bertuah kerana memiliki suami yang sangat menyokong perubahan saya ini,” luah Mizz Nina yang turut menyatakan walaupun sudah berhijab tiada hal4ngan untuk dia terus berfesyen staiIo ala Muslimah.

Rezeki Bergelar Hajah

Mizz Nina juga akui dia berasa sangat bersyukur dalam usia yang muda dia sudah bergelar hajah dan kemudian diberi petunjuk Allah untuk dia terus berubah.

“Alhamdulillah rezeki saya dapat mengerjakan haji pada 2013 bersama suami banyak membantu untuk saya berubah ke arah kebaikan.

“Jika anda berpeluang mengerjakan umrah dan haji pada usia muda pergilah. Ini kerana bukan semua orang terpilih dan mendapat peluang ini. Saya sendiri sentiasa merindui untuk dijemput ke Mekah setiap masa bagi mengerjakan umrah. Selain itu saya mengharapkan agar diberi peluang dan kesempatan melakukan haji buat kali kedua, jika ada rezeki,” ungkap Miss Nina yang sememangnya seorang yang cukup peramah.

Diaju soalan tentang misi-misi amal yang sering dilakukan, Mizz Nina akui berasa sangat seronok apabila dapat menghulurkan bantuan kepada saudara Islam yang memerlukan. Malah peminat juga begitu memuji sikapnya yang prihatin pada misi kemanusiaan dengan kesanggupan menyertai penghantaran bantuan ke Jordan, Turki, Syr1a, Lυbnan dan Palest1n.

“Hati saya cukup tersentuh bila melihat penderitaan kanak-kanak serta remaja. Saya perlukan semangat yang kuat ketika itu. Malah pernah melawat hospital untuk misi penghantaran ubat-ubatan,” kata Mizz Nina yang ikhlas melakukan misi sebegini. Bukan itu saja malah Mizz Nina juga aktif melakukan misi amal di Malaysia dengan memberi bantuan kepada geIandangan.

Peng0rbanan Terbesar Adalah Melawan Nafsυ

Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa dan sering kali melakukan kesilapan. Tetapi ia bukanlah alasan untuk kita terus-menerus melakukan d0sa, sebaliknya sebagai hamba-Nya yang bertakwa, kita mencari solusi terbaik untuk kembali ke jalan yang diredainya.

Sesungguhnya bagi figura jelita ini, biar pun kini berpenampilan sopan, berpakaian longgar dan bertudung labuh, jujur Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir katakan, hatinya kadang kala masih berbolak balik. Sememangnya bukan mudah untuk berada di tahap ini tanpa sokongan orang sekeliling terutamanya suami, keluarga dan teman rapat.

Baginya jika bertanya erti pengorbanan, ia adalah berkait dengan dirinya untuk melawan nafsµ dan keseronokan. Bukan mudah, tetapi dia berusaha keras untuk melakukan perubahan yang lebih baik dan pasti ada hikmahnya kenapa dia memilih untuk berhijab.

“Setiap kali hati rasa tak tenteram atau berbolak-balik, saya akan kembali kepada Allah. Malahan di peringkat awal saya berhijab, ketika itu saya baru berusia 25 tahun. Jujur saya katakan ianya bukan sesuatu yang mudah seperti disangka. Tetapi setiap kali itu juga saya fikir inilah jalan terbaik iaitu mencari keredaan Allah, dari situlah saya terus kekal istiqamah hingga ke saat ini.

“Itulah peng0rbanan terbesar yang telah saya lakukan. Pengorbanan sebagai seorang isteri dan ibu itu terlalu biasa dan orang lain juga laluinya. Tetapi melawan nafsµ adalah perkara yang berat untuk setiap dari kita hadapinya,” ungkap Diana Amir memulakan bicara.

Tambah ibu kepada Khaulah Al Azwar, 4 tahun, Khadija Azzehra, 2 tahun dan Muhammad Khalid Al Habib, 8 bulan, sebenarnya mengenakan hijab bukanlah disebabkan dek hasutan atau pengaruh teman-teman, sebaliknya dia lakukan penghijrahan ini adalah kerana Allah SWT.

Jejak Kaki ke Tanah Suci

Wanita kelahiran Birmingham, England ini turut berkongsi keterujaannya ketika menunaikan umrah buat julung kalinya pada tahun 2012. Bayangkan hampir tujuh tahun berlalu, tetapi perasaan rindu untuk ke sana tetap sama dan makin bercambah setiap tahun.

Kala itu Diana masih baru berhijab dan secara tiba-tiba mendapat pelawaan daripada rakan artis, walaupun ketika itu tiada wang yang cukup kerana tiada tawaran berlakon tetapi Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan Diana ke sana. Segalanya berlaku dengan bantuan dan izin Allah SWT.

Tambah Diana, setiap tahun dia berniat untuk ke sana lagi, namun ada sahaja aral yang menghaIang dan akhirnya suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman yang mendahuluinya ke sana. Setiap kali itu juga suaminya memujuk agar dia terus reda.

“Saya tunaikan umrah buat pertama kalinya pada tahun 2012. Kawan-kawan yang ajak untuk ke tanah suci. Tidak dinafikan pada awalnya saya memang gentar untuk ke sana apabila fikirkan siapalah saya suatu ketika dan hingga ke saat ini masih belum sempurna, tetapi hati melonjak sangat mahu ke tanah suci.

“Saya beranikan diri walaupun tiada wang yang mencukupi. Akhirnya setelah berikhtiar, saya selamat ke sana. Perasaan saya ketika itu sukar untuk diungkapkan kerana perasaan itu sangat luar biasa. Saya nampak banyak kebaikan di depan mata kerana semua orang ke sana untuk beribadah.

“Perasaan rasa bersalah dan berat hati jika Allah tidak maafkan dosa-dosa saya juga semakin pudar apabila saya menjejakkan kaki ke tanah suci. Saya berasa tenang dan semakin tekad untuk berubah serta berbuat kebaikan. Momen yang sudah tentu yang tidak akan saya lupakan adalah ketika saya dapat mencium Hajarul Aswad.

“Walaupun ketika melakukan tawaf saya tidak terdetik untuk menciumnya tetapi tiba masanya Allah gerakkan hati saya mencium Hajarul Aswad dan Allah mudahkan urusan saya. Ketika mencium Hajarul Aswad saya rasakan seolah-olah segala bebanan dosa di bahu saya telah dilepaskan. Terasa Allah telah ampunkan segala dosa-dosa yang saya lakukan selama ini,” ungkap Diana sebak mengenangkan detik pertama kali menunaikan umrah.

Biar pun niatnya untuk ke tanah suci lagi masih belum kesampaian, tetapi Diana tetap reda. Ibu beranak tiga ini percaya bahawa aturan Allah adalah yang terbaik, mungkin buat masa sekarang anak-anaknya yang masih kecil memerlukan perhatian yang lebih darinya. Barangkali jika ada rezeki, mungkin dia dapat menunaikan umrah bersama anak-anak, insya-Allah.

Penglibatan Dalam NG0.

Biar pun agak sepi dari dunia lakonan, namun menurut selebriti ini dia masih rindukan bidang lakonan. Biar pun masa ini kehidupannya lebih terarah kepada membesarkan tiga permata hatinya namun dia masih berharap agar ada tawaran yang sesuai dengan penampilan dan statυsnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Dalam masa yang sama, tidak ketinggalan Diana turut aktif dalam aktiviti NG0 dan dirinya turut dilantik sebagai ikon bagi beberapa pertubuhan antaranya Islamic Relief, Muslim Volυnteer Malaysia dan Yayasan Islamiah Malaysia. Menerusi program di bawah anjuran Islamic Relief, Diana pernah mengikut misi ke Bosnia dan selebihnya program di dalam negara.

Ternyata pengalaman ke B0snia banyak mengajar Diana erti bersyukur dan berkongsi suka-dυka masyarakat di sana. Selain itu Diana turut berkongsi pengalaman apabila menyambut hari raya Aidiladha di tempat orang.

“Pengalaman ke Acheh ketika mengandungkan anak sulung adalah memori yang tidak pernah saya lupakan. Kami suami, isteri menyambut Aidiladha di perkampungan R0hingya di sana pada tahun tersebut.

“Rasa lega apabila dapat berkongsi kegembiraan dan melakukan ibadat k0rban di sana. Sambutan mereka juga tidak jauh bezanya, lebih kurang seperti di negara kita. Bezanya kita menyambutnya di negara orang,” ujarnya lagi.

Sumber Wanita

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini