Mister̷i Keh̷ilangan Wang Penduduk K̷ampung, Rum̷ah Ustaz Pula Jadi Sasar̷an T̷oyoI

Kes kecur!an wang penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian, Kelantan dipercayai angkara perbuatan toyoI seakan tidak berkesudahan apabila kejadian terbaharu diIaporkan di kawasan itu pada malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, lima buah rumah penduduk termasuk seorang guru agama dimasuki makhluk halus tersebut untuk mengambil wang di dalam dompet.

Penduduk, Piji Dollah berkata dalam kejadian kelmarin, wangnya berjumlah RM150 di dalam beg galas didapati lesap. Selain itu, wang RM200 milik ibunya turut lesap dipercayai ang­kara makhluk sama.

“Saya berasa terkej0t apabila mendapat tahu rumah milik seorang ustaz turut dimasuki toyoI dan kehilangan wang RM100 pada malam yang sama.

“Sebelum ini, saya ada memanggil pengamal perubatan Islam untuk memimpin solat hajat di rumah sebagai ikhtiar untuk menghaIang perbuatan tersebut daripada terus berlaku.

“Selain bacaan ayat al-Quran, pengamal perubatan itu turut meletakkan tin biskut di penjuru rumah sebagai pendinding, namun duit di dalam dompet saya tetap hilang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Piji, selain dia dan ustaz tersebut, seorang kakita­ngan kerajaan turut menjadi mngsa apabila wangnya berjumlah RM1,800 lesap.

Ia merupakan kerugian ter­tinggi yang diIaporkan dalam kejadian terbaharu tersebut.

“Saya lihat kejadian angkara toyoI ini semakin menjadi-jadi. Duit kami hilang tanpa jejak, malah rumah juga tiada kesan dipecah masuk.

“Kami (penduduk) buntu de­ngan kejadian ini,” katanya lagi.

Piji turut mengakui dia sudah naik jelak dengan kejadian tersebut yang bagaikan tiada kesudahan sejak Februari lalu.

Ini kerana, penduduk kampung terpaksa hidup dalam ketak0tan kerana bimbang wang mereka yang disimpan di dalam rumah lesap.

“Kami harap ada pihak yang tampil membantu penduduk kampung agar kejadian (toyoI) ini tidak lagi berpanjangan,” katanya.

Kosmo! semalam meIaporkan kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian tidak dapat tidur lena sejak akhir-akhir ini apabila semakin kerap berlaku kejadian wang yang mereka simpan di dalam rumah tiba-tiba lesap.

Penduduk di Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong mendkwa, kehilangan wang itu dipercayai angkara perbuatan toyoI yang menyelusup masuk ke rumah mereka pada waktu malam.

Sejak Februari lalu hingga kini, kira-kira 20 buah keluarga di tiga kampung terbabit mendkwa sudah menjadi mngsa apabila duit mereka hilang dalam sekelip mata dengan nilai tertinggi yang hilang mencecah sehingga RM10,000.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

SUmber diambil dari MYKMU, K Online

Kredit: Mytv Viral