“Mesti Ramai Rindu Masjid..” -Berbulan Mendaftar, Ashraf Muslim Syukur Dapat Solat Jumaat

Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa syukur apabila mendapat jemputan untuk menunaikan solat Jumaat selepas berbulan-bulan mendaftar.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, peluang tersebut tidak sesekali dipersiakan apatah lagi sudah lama tidak menunaikan solat Jumaat dan akui rindu untuk solat jemaah di masjid.

“Alhamdulilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan.

“Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat Jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jemaah di masjid,” katanya.

Dalam pada itu, Ashraf turut menyeru orang ramai untuk mendaftar kerana mungkin ada rezeki untuk kita menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Tahu tak betapa seronok dan tenangnya hati ini bila ada di sini. Allah Maha Besar, syukur. Siapa yang belum mendaftar untuk solat Jumaat di masjid pergilah daftar.

“Kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Insya-Allah, Allah akan permudahkan. Hanya yang kita perlu buat usaha, sabar dan berdoa selalu,” katanya.

Sumber:rotikaya

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini