“Mereka mungkin jiran terbaik di dunia” – Bersahabat Baik Biarpun Berbeza Bangsa & Agama

Berkongsi makanan haIal, sanggup menunggu sehingga selesai solat Maghrib untuk keluar makan bersama dan tidak pernah lokek menghulur bantuan.

Itu keprihatinan ditunjukkan suami isteri berbangsa Cina tinggal di Taman Tehel Impian, Bemban di sini yang membuatkan jirannya berbangsa Melayu berasa ‘istimewa’ biarpun berbeza agama dan bangsa.

Hubungan akrab Gan Tiong Guey, 43, dan isterinya, Goh Pei Chen, 40, dengan Noor Faiezah Mohd Ali, 31, dan suami, Nur Shahariz Abdul Rais, 31 diibaratkan seperti aur dengan tebing apabila mereka menjalani kehidupan berjiran dengan muafakat dan saling membantu.

Noor Faiezah berkata, hubungan erat itu terjalin sejak hampir dua tahun lalu dan mereka selalu membantu satu sama lain, keluar makan dan bercuti bersama.

Malah katanya, keluarga sahabat baiknya itu juga pernah mengikutnya pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor untuk merasai suasana kampung.

“Hubungan baik ini terjalin selepas Tiong Guey membantu menyelesaikan kerja mengubahsuai dan pemasangan jubin di tempat parkir kereta yang ditinggalkan kontraktor lama biarpun sudah selesai membuat pembayaran.

“Ketika itu kami terkilan melihat hasil kerja tukang lama yang tidak kemas dan ada yang tidak betul. Tiong Guey kemudiannya dan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan kerja yang masih berbaki kira-kira 20 peratus itu.

“Apabila kami mahu membayar upah kerjanya, Tiong Guey tidak mahu dan cakap dia mahu membantu saja sebab kami jirannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia terharu dengan bantuan itu biarpun ketika itu mereka tidak saling mengenali kerana pasangan terbabit baru berpindah ke kawasan perumahan itu.

Katanya, kejiranan berkenaan berbilang kaum dan semua penduduknya hidup harmoni dan bermuafakat serta saling bertegur sapa.

“Tiong Guey dan isterinya, Pei Chen selalu ajak kami makan bersama dan dia selalu periksa dulu kalau restoran itu ada sijil halal kerana katanya dia bawa kawan Muslim.

“Kalau dia yang ajak pergi makan, mesti dia akan tunggu kami sehingga selesai solat Maghrib dan kami menaiki keretanya. Dia faham orang Muslim perlu solat dulu.

“Jika suami bekerja di luar kawasan, mereka akan membantu dan tengokkan kami dan selalu cakap kita hidup berjiran sudah seperti keluarga perlu saling bantu-membantu,” katanya yang berniaga aiskrim.

Noor Faiezah berkata, dia tidak menyangka bermula dengan bantuan itu (pasang jubin), membuka ruang untuk dua keluarga menjalin hubungan erat seperti keluarga biarpun berbeza agama dan bangsa.

“Mereka melayan kami dengan baik dan itu buat saya rasa ‘special’ terutama apabila dia sangat bersungguh-sungguh memastikan restoran yang kami singgah itu halal. Saya sudah menganggap mereka seperti abang dan kakak sendiri,” katanya

Sementara itu, Pei Chen berkata, mereka tidak menganggap agama dan bangsa sebagai pengukur untuk menjalinkan persahabatan kerana apa yang diutamakan adalah saling hormat menghormati dan budi yang baik.

Katanya, setiap kaum perlu ada sikap hormat menghormati dan menjaga sensitiviti agama masing-masing supaya dapat hidup harmoni.

“Setiap hari saya berjumpa dengan Noor Faiezah kerana rumahnya di hadapan rumah saya saja dan menyukainya sebab dia baik serta peramah.

“Setiap kali jumpa kedai makan yang sedap, kami mesti ajak mereka tetapi pastikan ia halal dulu kerana mereka Muslim,” katanya sambil memberitahu suaminya berkerja sebagai kontraktor membina rumah.

Terdahulu, video mengenai hubungan baik dua keluarga yang bersahabat baik itu mendapat perhatian netizen apabila dikongsikan Noor Faiezah di akaun TikT0knya.

Sumber HMetr0

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini