Menyingk4p Sejar4h Turunnya Al-Quran Di Malam Qadar

Ramadhan dan Al-Quran satu ikatan yang tersimpul mati. Apabila disebut Ramadhan, di samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran).

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabalkan menjadi Rasul sehingga baginda wafat iaitu selama 23 tahun.

Firman Allah S.W.T:

” Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.

Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh Nabi SAW. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan oleh Nabi:

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”.

Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:

” Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran di mana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”.

Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.

Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-Quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi SAW:

” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangkan Al-Quran itu melaknatnya”.

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-Quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”

Nabi berpesan:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”.
Sumber :-Jabatan Kehakiman Negeri Perak.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini