“menit̷ik a̷ir mat̷a bila dengar su̷ara arw̷ah kak siti sarah” Perbual̷an Akh̷ir Shuib Bersama Arw̷ah Siti Sarah und̷ang seb̷ak

Satu tarikh yang akan dikenang oleh Shuib tatkala isteri yang dikasihnya pergi menghadap Ilahi buat selama-Iamanya. Pastinya kehilangan tersebut meninggalkan kenangan yang teramat sukar untuk dilalui.

Kehilangan tersebut meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwa mencengkam sanubari lelaki ini yang hanya bertemankan suara dan air mata sejak tarikh tersebut.

“Enam hari selepas pennergian Allahyarham Siti Sarah, soya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” kata Shuib.

Rentetan daripada itu, Shuib mengabadikan lagu Tinggalkan Diriku yang dicipta oleh Aidit Alfian ke dalam sebuah video muzik (MV) sebagai tanda cinta kepada bidadari syurganya.

Sebagai info, lagu ini dirakamkan pada tahun 2002 dan dirilis pada 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Minit ke 5.15

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwh untuk ‘ditldurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertrung nywa untuk melahirkan anak,” kata Shuib lagi.

Tinggalkan Diriku sudah berada di semua platform digital mulai 26 November 2021 dan MV kini disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai pukul 3 petang tadi.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : Gempak Via theklasik